Panduan Cara Sujud Syukur

Sujud syukur adalah bentuk sujud yang kita lakukan sebagai ungkapan terima kasih kepada Allah atas nikmat atau berita gembira yang kita terima. Ini bukan termasuk dalam solat wajib atau sunat, melainkan sujud khusus yang dilakukan di luar waktu solat untuk menunjukkan rasa syukur kita.

Untuk sujud syukur, tidak semestinya perlu berwudhu, tetapi disarankan untuk berwudhu. Sujud syukur boleh dilakukan pada sebarang masa dan di mana saja, asalkan tempat tersebut bersih dan suci.

Dalam artikel kali ini, kita membincangkan syarat sujud syukur dan juga cara-cara untuk melakukannya.

Syarat Sujud Syukur

Beberapa syarat sujud syukur yang perlu kita ketahui, antaranya ialah:

  1. Dalam keadaan suci dari hadas besar dan kecil.
  2. Perlu berada dalam keadaan suci daripada najis di badan, pakaian, dan tempat.
  3. Menghadap arah kiblat.
  4. Menutup aurat

Cara Sujud Syukur

Untuk melaksanakan sujud syukur ini cukup mudah. Caranya adalah:

  1. Dimulakan dengan niat sujud syukur
    •  (Sahaja aku Sujud Syukur kerana Allah Taala).
  2. Bertakbir seperti takbiratul ihram dengan mengangkat kedua-dua belah tangan.
  3. Bertakbir sekali lagi tanpa mengangkat tangan, kali ini untuk turun sujud.
  4. Sekali lagi, sujud dilakukan seperti dalam solat. Bacaan ketika sujud ini sama seperti bacaan sujud dalam solat, dan boleh ditambah dengan ungkapan pujian kepada Allah.
  5. Bangun daripada sujud dan duduk seperti ketika dalam solat, lalu memberi salam.
Cara Sujud Syukur

Leave a Comment