Cara Mengerjakan Solat Tahajjud

By mukmin

Solat Tahujjud merupakan solat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur. Di mana, solat ini lebih baik dilaksanakan secara bersendirian pada waktu tengah malam. Perlaksanaan solat ini sangat digalakkan dan amat baik sebagai tambahan amalan ibadah.

Tujuan utama solat tahajjud ialah untuk menunjukkan ketaatan kepada Allah SWT dan usaha untuk mendekatkan diri kepada Pencipta. Ia juga melambangkan rasa syukur kita terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Allah. Selain itu, melalui solat ini juga kita dapat mencari ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Cara Mengerjakan Solat Tahajjud

Berikut adalah cara-cara untuk melaksanakan solat tahajjud yang boleh anda jadikan sebagai rujukan.

1. Niat Solat Tahajjud

أُصَلِّيَ سُنَّةَ التَّحَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

“Usolli sunatan Tahajudi rak’ataini lillahi Ta’ala”

Maksudnya : “Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah taala.”

2. Cara Mengerjakannya

  • Pada rakaat pertama : Baca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun
Surah Al-Fatihah
Surah Al-Kafirun
  • Pada rakaat kedua : Baca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Fatihah
Surah Al-Ikhlas
  • Setelah itu, teruskan dengan rukuk dan iktidal
  • Kemudian, sujud dan duduk diantara dua sujud
  • Lakukan sujud kedua
  • Teruskan dengan Tahiyyat Akhir
  • Solat diakhiri dengan memberi salam

Setelah menyelesaikan solat, teruskan dengan berdoa. Doa boleh diucapkan mengikut kehendak dan keperluan masing-masing.

Walau bagaimanapun, jika anda memerlukan doa tertentu untuk dibaca selepas solat tahajjud, anda boleh merujuk kepada doa berikut.

Solat Tahajjud
Doa Solat Tahajjud

Maksudnya :

Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 

Leave a Comment