Surah Al-Kahfi dalam Al-Qur’an adalah surah yang ke-18 dan surah ini mengandungi 110 ayat. Surah ini memiliki banyak keutamaan dan manfaat bagi sesiapa yang membacanya. Surah al-Kahfi adalah salah satu surah yang sangat dianjurkan oleh para ulama untuk dibaca khususnya pada hari Jumaat.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan pembaca mengenai keistimewaan membaca surah Al-Kahfi.
Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi
Surah Al-Kahfi mengandungi beberapa kelebihan yang terkandung dalam ayat-ayatnya, antaranya adalah:
1. Cahaya di Hari Jumaat
Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA:
“Barangsiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (Riwayat al-Hakim (3392), dan al-Baihaqi (5996))
2. Perlindungan dari Fitnah Dajjal
Diriwayatkan daripada Abu Darda’, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
Maksudnya: “Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, dia akan dipelihara daripada Dajjal.”
3. Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul ‘atiq.
4. Pahala dan kebaikan
Membaca Al-Qur’an secara umum, termasuk Surah Al-Kahfi, memberikan banyak pahala dan kebaikan bagi seorang Muslim.
Membaca Surah Al-Kahfi memiliki banyak kelebihan bagi seorang Muslim. Surah ini mengandung pelajaran yang berharga tentang iman, keberanian, kesabaran, dan pengendalian diri. Selain itu, membaca Surah Al-Kahfi secara rutin juga dapat membawa banyak manfaat bagi umat Islam dalam kehidupan sehari-hari