Niat Dan Cara Melaksanakan Solat Jumaat

By mukmin

Solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang didahului dengan khutbah. Ia dilaksanakan pada waktu Zohor dan hanya dilakukan pada hari Jumaat. Solat Jumaat adalah wajib bagi lelaki Muslim yang sudah baligh, berakal, beragama Islam, dan mempunyai pancaindera yang sempurna.

Solat ini dilakukan di masjid dan wajib dikerjakan secara berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang menetap tetap di kawasan tersebut.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan niat solat jumaat dan cara untuk melaksanakannya yang mudah untuk anda fahami.

Hukum Sembahyang Jumaat

Solat Jumaat adalah fardhu ain bagi lelaki Muslim yang telah memenuhi syarat wajibnya. Oleh itu, setiap individu yang memenuhi syarat-syarat ini wajib melaksanakan solat Jumaat.

Diriwayatkan oleh Thariq bin Syibab yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Solat Jumaat adalah hak yang wajib ke atas setiap orang Islam, melainkan empat golongan, iaitu hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak atau orang sakit

(Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud)

Niat Solat Jumaat

Berikut lafaz niat solat jumaat dalam arab, rumi serta maksudnya.

niat solat jumaat

Rumi : Usolli Fardol Jum’ati Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala

Maksudnya : Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala

Cara Melaksanakannya

Rakaat Petama

  1. Berdiri tegak
  2. Mulakan solat dengan niat dan takbiratul ihram
  3. Baca doa iftitah
  4. Membaca surah Al-Fatihah
  5. Rukuk dan sujud dalam rakaat pertama

Rakaat Kedua

  1. Mulakan dengan takbir intiqalat
  2. Baca surah Al-Fatihah selepas imam
  3. Solat diteruskan dengan rukuk dan sujud
  4. Kemudian, bangun dari sujud terus lakukan tahiyyat akhir sehinggalah selesai rakaat kedua.

Leave a Comment