Panduan Cara-Cara Istinjak

Istinjak adalah cara untuk membersihkan najis yang keluar dari qubul dan dubur (baik itu dari jalan hadapan atau jalan belakang). Ini boleh dilakukan dengan menggunakan air, benda kasar, atau kedua-duanya pada masa yang sama. Hukum melakukan istinjak adalah wajib.

Najis yang harus dibersihkan meliputi najis yang biasa seperti tahi dan air kencing, dan juga najis yang jarang terjadi seperti air mazi, air mani, atau darah.

Alat Untuk Beristinjak

Antara alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak adalah seperti berikut:

1. Air mutlak

2. Benda-benda kesat:

  • Kain
  • Tisu
  • Daun kering
  • Batu
  • Kertas
  • Kulit kayu
Cara beristinjak

Cara-Cara Istinjak

Agar dapat melakukan istinjak dengan betul, penting untuk memahami langkah-langkahnya. Berikut adalah panduan mudah untuk melakukannya:

1. Menggunakan Air

  • Saat beristinjak, pastikan menggunakan tangan kiri.
  • Pastikan untuk membersihkan qubul dan dubur dengan menggunakan air mutlak secara menyeluruh sehingga hilang rupa, warna, dan bau najis itu. Ini adalah cara istinjak yang utama.

2. Menggunakan Benda-Benda Kesat

  • Lakukan tiga kali sapuan membersihkan qubul dan dubur dengan menggunakan benda kesat yang bersih dan kering pada setiap sapuan.
  • Jika diberi pilihan antara menggunakan benda kesat atau air, lebih baik memilih untuk menggunakan air.

Kelebihan Beristinjak

Terdapat beberapa kelebihan apabila kita melakukan istinjak. Beberapa daripadanya termasuklah:

  • Dapat elakkan diri daripada penyakit.
  • Ibadah solat kita diterima.
  • Dapat memberi keselesaan kepada diri sendiri dan orang lain.
  • Kesihatan terjaga, badan sihat.
  • Dikasihi Allah.
  • Menggambarkan akhlak mulia orang islam.

Begitulah cara-cara beristinjak yang mudah untuk anda jadikan panduan dan pelajari. Semoga perkongsian kami dalam artikel ini dapat memberi manfaat dan membantu anda.

Leave a Comment