Doa Masuk Dan Keluar Rumah

Apabila kita keluar rumah atau meninggalkan rumah, amalkanlah untuk sentiasa berdoa. Islam telah menetapkan cara hidup umatnya dengan baik termasuk mengajarkan kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dalam setiap aktiviti yang kita lakukan seperti membaca doa ketika keluar dan masuk rumah.

Tujuan utama kita membaca doa adalah untuk memohon perlindungan kepada Allah Swt agar kita sentiasa dilindungi dari segala bahaya dan mendapatkan keselamatan selama berada di luar rumah.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi doa masuk dan keluar rumah kepada anda.

Berikut adalah doa masuk dan keluar rumah:

1. Doa masuk rumah

اللّٰهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ المَوْلِجِ وَ خَيْرَ المَخْرَجِ, بِاسْمِ اللّٰهِ وَ لَجْنَا، بِاسْمِ اللّٰهِ خَرَجْنَا، وَ عَلَى اللّٰهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا

Bacaan rumi : Allahumma inni as aluka khairal maulij wa khairal makhraj bismillahi walajnaa wa bismillahi kharajnaa wa ‘alallahi rabbinaa tawakkalna.

Maksud doa : Ya Allah, aku memohon pada-Mu kebaikan ketika masuk dan keluar dari rumah. Dengan nama Allah kami masuk dan Dengan nama Allah kami keluar, dan kami serahkan diri kami kepada Tuhan kami

2. Doa keluar rumah

بِاسْمِ اللّٰهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللّٰهِ وَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّٰهِ

Bacaan rumi : Bismillahi tawakkaltu ‘alallah laa haulawalaa quwwata illa billah

Maksud doa : Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah

Doa masuk dan keluar rumah

Adab Ketika Masuk Dan Keluar Rumah

Terdapat beberapa adab yang perlu kita ketahui sebelum masuk dan keluar rumah. Antaranya adalah:

1. Adab masuk rumah

  • Memberi salam
  • Membaca doa masuk rumah
  • Buka kasut sebelum masuk ke rumah
  • Jangan bawa kotoran masuk dalam rumah
  • Masuklah ke tempat itu dengan kaki kanan

2. Adab keluar rumah

  • Niat yang baik
  • Baca doa keluar rumah
  • Gunakan kaki kiri bila keluar rumah

Semoga perkongsian yang kami kongsikan ini dapat memberi manfaat kepad anda. Mari kita bersama-sama amalkan doa ini dalam kehidupan kita sehari-hari.

Leave a Comment