Doa Menziarahi Orang Sakit

By mukmin

Dalam Islam, kita perlu untuk menjaga hubungan persaudaraan, dan ini termasuk memberikan perhatian kepada saudara Muslim yang sakit. Menziarahi mereka adalah salah satu kewajiban kita sebagai sesama Muslim.

Di kalangan masyarakat kita, menziarahi orang sakit sudah menjadi kebiasaan. Lawatan tersebut dianggap tidak lengkap tanpa membawa sedikit buah tangan seperti hadiah atau buah-buahan. Begitu juga dengan doa, dimana memberi ucapan atau doa kepada orang sakit amat penting dan bermakna bagi semua orang.

Berikut doa yang boleh kita amalkan dan gunakan ketika menziarahi orang sakit.

1. Doa agar disembuhkan dari penyakit

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Rumi : Allaahumma rabban naasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syaafi. Laa syaafiya illa anta syifaa’an la yughaadiru saqaman

Maksudnya : Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit. Sembuhkanlah, Engkaulah penyembuh. Tidak ada penawar selain dari penawar Mu, penawar yang menghabiskan sakit dan penyakit.

Doa menziarahi orang sakit

2. Doa untuk orang sakit dengan nama khusus

شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ

Rumi : Syafakallahu saqamaka, wa ghafara dzanbaka, wa ‘afaka fi dinika wa jismika ilā muddati ajalika.

Maksudnya : Wahai (sebut nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiatkanmu dalam hal agama serta fizikalmu sepanjang usia.

Leave a Comment