Rukun Qauli, Qalbi Dan Fi’li Dalam Solat

Solat adalah ibadah yang sangat penting bagi setiap Muslim. Ia merupakan tiang agama dalam Islam. Setiap Muslim diwajibkan untuk menunaikan solat dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh agama.

Apabila kita solat, ada beberapa perkara penting yang perlu dipelajari supaya solat kita diterima. Salah satu perkara penting yang perlu kita fahami ialah rukun solat.

Adalah penting bagi kita untuk mempelajarinya kerana jika kita terlupa mana-mana rukun solat, maka solat yang kita lakukan tidak akan sah.

Rukun Solat

Dalam sudut bahasa, rukun merujuk kepada asas atau tiang bagi sesuatu. Manakala, rukun solat merujuk kepada asas tindakan dan bacaan yang wajib dilakukan secara berurutan di mana solat tidak akan sempurna dan sah jika tidak melibatkan elemen-elemen tertentu.

Rukun solat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:

1. Rukun qalbi (ﻗﻠﺒﻲ – iaitu berasal daripada perkataan ﻗﻠﺐ – qalb bermaksud hati) adalah rukun yang berasaskan kepada hati.

Dua perkara yang termasuk dalam rukun qalbi ialah:

  • Niat
  • Tertib

2. Rukun qauli (ﻗﻮﻟﻲ – iaitu berasal daripada perkataan ﻗﻮﻝ – qaul bermaksud kata-kata) adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan. Bacaan harus didengar oleh telinga sendiri.

Antara bacaan yang termasuk dalam rukun qauli ialah:

  • Takbiratul Ihram (ucapan Allahu Akbar)
  • Bacaaan Surah Al Fatihah
  • Tahiyat Akhir
  • Selawat atas nabi
  • Salam yang pertama

3. Rukun fi’li (ﻓﻌﻠﻲ – iaitu berasal daripada perkataan ﻓﻌﻞ – fi’l bermaksud perlakuan) adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.

Dalam Rukun Fi’li, terdapat enam pergerakan atau perbuatan yang terlibat, antaranya adalah:

  • Berdiri (Qiam).
  • Rukuk.
  • Iktidal.
  • Sujud.
  • Duduk antara dua sujud.
  • Duduk Tahiyat Akhir.
Rukun solat

Leave a Comment