Amalan Sunat Pada Hari Raya Aidilfitri

By mukmin

Hari Raya Aidilfitri ialah perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira bangsa yang menandakan berakhirnya bulan Ramadan.

Pada Hari Raya Aidilfitri, terdapat beberapa amalan sunat yang sangat mudah yang boleh kita lakukan. Antaranya adalah:

1. Menghidupkan Malam

Menghidupkan malam raya dengan beribadat kepada Allah, seperti menunaikan solat, berzikir, membaca Al-Quran, beristighfar, serta melakukan amalan-amalan yang baik.

2. Memperbanyakkan Takbir Raya

3. Mengemaskan diri

Mengemaskan diri seperti buang bulu-bulu pada tubuh, kemaskan janggut, dan potong kuku.

4. Mandi Sunat

Bermula dari pertengahan malam dan sunat dilewatkan sehingga hampir solat Hari Raya.

5. Memakai Pakaian Terbaik

Mengenakan pakaian yang bersih, rapi, dan terbaik yang mereka miliki pada hari itu. Dalam erti kata lain, meskipun digalakkan untuk mengenakan pakaian yang terbaik, kita tidak semestinya memakai pakaian yang baharu. Justeru, pilihlah pakaian yang cantik mengikut kemampuan dan elakkan pembaziran.

6. Berwangi-wangian Dan Berhias

Sama ada hendak ke masjid atau tidak, sama ada bersolat atau tidak, dewasa atau kanak-kanak

7. Sarapan

Sarapan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat hari raya.

8. Menunaikan Solat Hari Raya

Amalan Sunat Aidilfitri

Diharapkan dengan pelaksanaan amalan sunat, Hari Raya Aidilfitri akan menjadi lebih bermakna dan dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan Allah SWT dan sesama manusia. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Leave a Comment