Cara Dan Bacaan Sujud Sajadah

Sujud Sajadah, juga dikenali sebagai sujud tilawah, adalah sujud yang dilakukan apabila seseorang membaca atau mendengar ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran

Sujud ini boleh dilakukan dalam dua keadaan iaitu:

  • Sujud sajadah di dalam solat
  • Sujud sajadah di luar solat

Hukum Sujud Sajadah

Hukum melakukan sujud sajadah adalah sunat muakad. Orang yang melakukannya akan mendapat pahala sunat. Tetapi jika tidak dilakukan, tiada pahala atau dosa yang diberikan kepada mereka.

Dalam solat, jika solat sujud tilawah dilakukan sebelum atau bukan pada ayat sujud sajadah, tindakan ini akan membatalkan solat.

Dalam solat berjemaah, jika imam melakukan sujud tilawah, maka makmum juga wajib melakukan sujud tilawah. Jika makmum tidak turut serta melakukan sujud, maka solat makmum tersebut batal.  Namun, jika imam tidak melakukan sujud sajadah, maka makmum tidak perlu mengikutinya, kerana makmum harus menyesuaikan gerakan mereka dengan gerakan imam.

Ayat Sujud Sajadah

Terdapat 14 ayat dalam Al-Quran yang termasuk dalam ayat sajadah. 14 ayat tersebut adalah:

  • Surah al-A’raf: ayat 206
  • Surah al-Ra’d: ayat 15
  • Surah al-Nahl: ayat 49-50
  • Surah al-Isra’: ayat 107-109
  • Surah Maryam: ayat 58
  • Surah al-Hajj: ayat 18
  • Surah al-Hajj: ayat 77
  • Surah al-Furqan: ayat 60
  • Surah al-Naml: ayat 25-26
  • Surah al-Sajdah: ayat 15
  • Surah Fushshilat: ayat 37-38
  • Surah al-Najm: ayat 62
  • Surah al-Insyiqaq: ayat 21
  • Surah al-‘Alaq: ayat 19

Bacaan Sujud Sajadah

Bacaan Sujud Sajadah

Rumi :

Sajada wajhiya lillazi kholaqohu washau warahu wasyaqqo sam’a hu wabashoro hu bihaulihi  waquw wa tihi fatabaarokal laa hu ahsanul khooliqiyn.

Maksudnya :

Aku sujudkan wajahku ini kepada Allah yang menciptanya dan membentuk rupanya, yang membuka pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuasaannya dan penglihatannya dengan kekuasaanNya dan kudratNya. Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.

Cara Melakukan Sujud Sajadah

Semasa solat, apabila telah selesai membaca ayat-ayat yang memerlukan sujud sajadah, seperti yang disebutkan di atas, langkah seterusnya adalah untuk melakukan sujud tilawah. Selepas sujud, membaca bacaan Sujud Sajadah, lalu bangun tanpa mengangkat tangan dan meneruskan bacaan sambungan ayat Al-Quran tadi.

Cara sujud sajadah

Apabila melakukan Sujud Tilawah di luar solat, langkah pertama adalah mengangkat tangan sambil mengucapkan takbir, kemudian melakukan sujud. Semasa sujud, bacalah doa, dan selepas itu bangun dari sujud, duduk, dan memberikan salam.

Sujud Sajadah

Leave a Comment