Azan adalah perkataan-perkataan tertentu yang memberitahu kita tentang waktu solat fardu. Ini seperti panggilan atau pemberitahuan untuk segera berkumpul dan melaksanakan solat fardhu.
Manakala, iqamat bermaksud berdiri sambil mengucapkan lafaz tertentu yang menandakan jemaah sudah bersedia untuk memulakan solat.
Bacaan Doa Selepas Azan
Berikut adalah doa setelah azan berakhir dalam arab, rumi dan maksudnya:
Bacaan Rumi :
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.
Maksudnya :
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.
Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.