Niat Puasa Ganti (Qada Puasa)

By mukmin

Jika seorang lelaki atau perempuan Muslim tidak berpuasa pada bulan Ramadan, mereka perlu menggantikannya. Ini adalah satu kewajipan yang perlu dilaksanakan.

Puasa qada ialah puasa yang dilakukan untuk menggantikan puasa yang terlepas atau tertinggal disebabkan oleh keadaan tertentu yang menyebabkan puasa wajib menjadi terbatal tanpa disengajakan. Oleh itu, setiap umat Islam memiliki kewajiban untuk membayar hutang puasa wajib dengan melakukan puasa qada sesuai dengan jumlah puasa yang ditinggalkan.

Pada artikel ini, kami kongsikan niat untuk melakukan puasa qada.

Niat Puasa Ganti

Berikut adalah lafaz niat puasa ganti.

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ لِلَّه تَعَالَى

Bacaan Rumi : Nawaitu Sawma Ghadin An Qadha’i Fardhi Ramadhan Lillah Ta’ala.

Maksudnya : Sahaja aku berpuasa esok hari bagi qada (menggantikan) fardu puasa bulan Ramadan kerana Allah SWT.

Niat Puasa Ganti

Dengan apa yang kami bagikan dalam artikel ini, kami berharap dapat membantu anda dalam melafazkan niat puasa ganti dengan sempurna, sehingga ibadah penggantian puasa anda diterima oleh Allah SWT.

Leave a Comment