13 RUKUN SOLAT

By mukmin

Rukun dalam konteks bahasa merujuk kepada asas atau tiang yang penting bagi sesuatu. Dengan kata lain, rukun solat bermaksud perbuatan-perbuatan yang teratur, yang dilakukan secara teratur, di mana solat tidak akan dianggap lengkap atau sah jika tidak melibatkan elemen-elemen tertentu.

Umumnya, solat terdiri daripada tiga belas rukun yang dibahagikan dalam tiga kategori, iaitu rukun qalbi, fi’li, dan qauli.

Oleh itu, dalam artikel ini kita akan membincangkan mengenai 13 rukun dalam solat dengan tujuan mempermudah pemahaman pembaca.

Kategori Rukun

Berikut adalah 3 kategori rukun iaitu:

  • Rukun qalbi (๏ป—๏ป ๏บ’๏ปฒ – iaitu berasal daripada perkataan ๏ป—๏ป ๏บ – qalb bermaksud hati) adalah rukun yang berasaskan kepada hati.
  • Rukun fi’li (๏ป“๏ปŒ๏ป ๏ปฒ – iaitu berasal daripada perkataan ๏ป“๏ปŒ๏ปž – fi’l bermaksud perlakuan) adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.
  • Rukun qauliย (๏ป—๏ปฎ๏ปŸ๏ปฒย – iaitu berasal daripada perkataan ๏ป—๏ปฎ๏ป –ย qaulย bermaksud kata-kata) adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan.

13 Rukun Solat

Antara 13 rukun solat yang perlu kita ketahui adalah:

  1. Berdiri tegak
  2. Niat
  3. Takbiratul Ihram
  4. Membaca al-Fatihah
  5. Rukuk
  6. Iktidal
  7. Sujud
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Duduk tahiyat akhir
  10. Membaca tahiyat akhir
  11. Membaca selawat ke atas Rasulullah
  12. Memberi salam
  13. Tertib

Penting untuk mengetahui dan melaksanakan setiap rukun solat. Solat tidak akan dianggap sah jika tertinggal mana-mana satu rukun.

13 Rukun Solat

Perkara Yang Membatalkan Solat

Terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan solat yang perlu anda ketahui. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Sengaja meninggalkan rukun solat
  2. Berkata-kata dengan sengaja
  3. Badan, pakaian, atau tempat solat terkena najis.
  4. Terbuka aurat dengan sengaja
  5. Makan atau minum
  6. Ketawa sehingga terkeluar suara
  7. Hilang ingatan kerana gila atau pitam
  8. Berpaling dada dari arah qiblat
  9. Niat berubah (waktu atau jenis solat berubah).
  10. Berhadas semasa solat – hadas kecil atau besar
  11. Murtad – orang yang kelaur daripada agama Islam
  12. Melakukan pergerakan yang banyak

Semoga apa yang kami kongsikan dalam artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Leave a Comment