Solat jenazah, adalah solat yang dilakukan oleh umat Islam sebagai tanda penghormatan terakhir kepada orang yang telah meninggal dunia. Ia merupakan wajib dan fardu kifayah bagi masyarakat islam disekelilingnya atau kampungnya. Jenazah itu, wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan.
Syarat-Syarat Solat Jenazah
- Solat jenazah sama halnya dengan solat yang lain, iaitu bagi yang menyolatkan harus menutup aurat, wajib suci dari hadas besar dan kecil, demikian pakaian hendaklah suci daripada najis.
- Jenazah telah sempurna dimandikan dan dikafankan.
- Jenazah diletakkan dihadapan (sebelah kiblat) kecuali solat jenazah.
Rukun Solat Jenazah
Ada 7 Rukun dalam solat jenazah iaitu :
- Niat
- Berdiri tegak (lurus) perlu diingat solat jenazah ianya tanpa rukuk dan sujud.
- Empat kali takbir (termasuk Takbiratul-ihram).
- Membaca Al-Fatihah.
- Membaca selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w.
- mendoakan jenazah
- Memberi salam.
Cara Ringkas Solat Jenazah Berpandukan Gambar
- Niat Solat Jenazah
- Lafaz niat solat jenazah adalah berbeza bagi lelaki mahupun perempuan. Namun boleh juga untuk berniat didialam hati tanpa melafazkan niat didala bahasa arab
Lafaz niat solat jenazah bagi mayat perempuan
Lafaz niat solat jenazah bagi mayat lelaki
Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardhu kifayah kerana Allah taala
2. Takbir pertama ( Takbirratul ihram )
- Mengangkat takbir pertama berserta dengan niat didalam hati dan teruskan membaca surah Al-Fatihah:
3. Takbir kedua
- Setelah selesai membaca Al -Fatihah mengangkat takbir kedua kemudian baca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W seperti berikut :
4.Takbir Ketiga
- Mengangkat takbir ketiga kemudian baca doa berikut(mendoakan mayat) :
5. Takbir Ke Empat
- Mengangkat takbir ke empat kemudian baca doa berikut :
6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri
- Mengucap salam sebnyak dua kali iaitu ke kanan dan ke kiri sebagaimana solat-solat yang lain.
artikel berkaitan: Cara ambil wudhu