Cara Solat Sunat Aidiladha

By mukmin

Solat Sunat Aidiladha dijalankan setiap tahun pada 10 Zulhijjah. Perkataan ‘Eid’ (العِيْدُ) berasal daripada perkataan ‘audah’ (العَوْدة), yang bermaksud kembali atau berulang.

Solat Sunat Hari Raya Aidiladha dianggap sebagai salah satu solat sunat yang paling dihormati di antara solat-solat sunat yang lain (nawafil) sama seperti Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri. Walaupun tidak diwajibkan, solat sunat ini termasuk dalam kategori sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan dalam Islam untuk dilaksanakan.

Solat sunat Aidiladha juga dikerjakan bermula dengan terbitnya matahari hingga gelincir matahari.

Niat Solat Sunat Aidiladha

1. Niat Solat Sunat Aidiladha (Bersendirian)

Usolli Sunnatan Li ‘idilAdha Rak’ataini Adaan Lillahi Taala 

Maksudnya : Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

2. Niat Solat Sunat Aidiladha (Makmum)

  Usolli Sunnatan Li idilAdha Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala 

Maksudnya : Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

3. Niat Solat Sunat Aidiladha (Imam)

 Usolli Sunnatan Li ‘idilAdha Rak’ataini imaman Lillahi Taala 

Maksudnya : Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.

Cara Melaksanakan Solat Sunat Aidiladha

Berikut kami kongsikan cara-cara untuk mengerjakan solat sunat aidiladha yang boleh anda jadikan sebagai panduan.

Rakaat Pertama

1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan disertakan bacaan niat solat dalam hati.

2. Baca doa iftitah.

3. Kemudian, lakukan takbir tambahan sebanyak tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih.

  • سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ

4. Setelah itu, membaca surah Al-Fatihah.

5. Membaca surah al-Quran seperti surah al-Kafirun (atau surah ringkas yang lain).

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua

1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat

2. Pada rakaat kedua juga dilakukan takbir tambahan sebanyak lima kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.

  • سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ

3. Bacakan surah Al-Fatihah

4. Membaca mana-mana surah dari al-Quran (Dicadangkan membaca surah Al-Ghahiyah atau Al-Ikhlas.).

5. Teruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.

6. Memberi salam

Khutbah Aidiladha

Selepas menunaikan solat Hari Raya, disunnahkan untuk menyampaikan khutbah. Khutbah Aidiladha memiliki kesamaan dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Hukum khutbah adalah sunat.

Dengan itu, solat sunat Hari Raya boleh dijalankan tanpa atau dengan khutbah, bergantung pada kemampuan dan kesesuaian masing-masing.

Leave a Comment