Cara Solat Sunat Tarawih

By mukmin

Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia menjalankan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan. Salah satu amalan ibadah yang sering dilakukan pada bulan ini ialah solat tarawih.

Di bulan Ramadan, kita akan melihat masyarakat memeriahkan malam-malam yang penuh berkat ini dengan melakukan ibadat seperti solat sunat Tarawih dan Witir, membaca al-Quran, dan terlibat dalam pelbagai amal kebajikan.

Pengenalan Tarawih

Solat Sunat Tarawih mempunyai keistimewaan kerana ia dikhaskan untuk dilakukan pada bulan Ramadan. Pada bulan ini, terdapat satu malam yang memiliki kelebihan seribu kali ganda lebih besar daripada seribu bulan yang lain.

Menunaikan solat sunat terawih adalah satu amalan yang sangat ditekankan (sunat muakkad) dalam bulan Ramadhan. Solat ini boleh dilakukan secara individu di rumah atau secara berjemaah di masjid dan surau.

Waktu Solat Sunat Tarawih

Solat sunat terawih dilakukan setelah menunaikan sembahyang Fardhu Isyak dan sunat ba’diah (setelah Isyak) dalam dua rakaat.

Bilangan Rakaat

Solat sunat Tarawih dilakukan seperti solat sunat biasa, iaitu dengan melaksanakan dua rakaat dan satu salam, kemudian diulangi lagi hingga mencapai jumlah rakaat yang diinginkan.

Di Malaysia, kita biasanya dapat melihat bahawa di surau dan masjid, sembahyang sunat Tarawih diadakan dalam dua variasi. Sesetengah tempat melaksanakan sebanyak 20 rakaat, manakala yang lain memilih untuk menunaikan hanya 8 rakaat.

Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan jumlah rakaat yang harus dilakukan dalam Solat Sunat Terawih. Solat ini merupakan ibadat tambahan yang dilakukan dengan penuh ketenangan tanpa terburu-buru. Ia adalah cara untuk menunjukkan kesungguhan, kebaktian, dan ketaatan kepada Allah SWT.

Oleh itu, Rasulullah SAW menasihati agar solat tersebut dilaksanakan sesuai dengan kemampuan, keikhlasan, dan kerelaan masing-masing.

Cara Melaksanakan Solat Tarawih

Berikut adalah panduan cara melaksanakan solat sunat Tarawih, yang boleh dilakukan sama ada secara individu atau bersama-sama dalam jemaah.

1. Niat Solat Tarawih

Niat Solat Tarawih Bersendirian

Rumi : Usolli Sunnatat-Tarawih Rak’ataini Lillahi Taala

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.

Niat Solat Tarawih Berjemaah (Makmum)

Rumi : Usolli Sunnatat-Tarawih Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala 

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Niat Solat Tarawih Imam

Rumi : Usolli Sunnatat-Tarawih Rak’ataini Imaman Lillahi Taala

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.

Cara Solat Sunat Tarawih

2. Tatacara Solat Tarawih

Rakaat Pertama

  1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
  2. Kemudian, baca doa iftitah
  3. Membaca Surah Al-Fatihah
  4. Membaca surah lazim atau surah pilihan
  5. Teruskan dengan Rukuk dan Iktidal
  6. Seterusnya Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Rakaat Kedua

  1. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat
  2. Baca Surah Al-Fatihah
  3. Membaca surah lazim atau surah pilihan
  4. Rukuk dan Iktidal
  5. Seterusnya Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
  6. Duduk Tahiyyat akhir
  7. Memberi salam

Untuk menunaikan rakaat 3 & 4, 5 & 6, serta 7 & 8, cara melaksanakannya sama seperti langkah-langkah seperti yang telah dijelaskan diatas ini.

3. Selawat & Wirid Antara Solat

Cara Solat Sunat Tarawih
Cara Solat Sunat Tarawih
Cara Solat Sunat Tarawih
Cara Solat Sunat Tarawih
Cara Solat Sunat Tarawih
Cara Solat Sunat Tarawih
Cara Solat Sunat Tarawih

4. Cara Solat Sunat Witir

Setelah menyelesaikan Solat Tarawih, langkah seterusnya adalah melaksanakan Solat Witir dalam tiga rakaat.

Solat Witir boleh dilaksanakan dalam tiga rakaat dengan dua salam. Solat pertama melibatkan dua rakaat, manakala solat kedua melibatkan satu rakaat.

Lafaz Niat Solat Sunat Witir 2 Rakaat

اُصَلِّى سُنَّةَ الْوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ  ِللهِ تَعَالَى

Rumi : Ushalli sunnatal witri rak’ataini lillahi ta’aalaa

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah ta’ala

Lafaz Niat Solat Sunat Witir 1 Rakaat

اُصَلِّى سُنَّةَ الْوِتْرِرَكْعَةً ِللهِ تَعَالَى

Rumi : Ushalli sunnatal witri rak’atan lillahi ta’aalaa

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah ta’ala

Rakaat Pertama

  1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
  2. Baca doa iftitah
  3. Membaca Surah Al-Fatihah
  4. Baca Surah Al-A’la
  5. Rukuk dan iktidal
  6. Seterusnya Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Rakaat Kedua

  1. Mulakan dengan lafaz takbir intiqalat
  2. Baca Surah Al-Fatihah
  3. Kemudian, baca Surah Al-Kafirun
  4. Rukuk dan iktidal
  5. Seterusnya Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
  6. Duduk tahiyyat akhir
  7. Beri salam

Rakaat Ketiga (Rakaat Terakhir)

  1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
  2. Baca doa iftitah
  3. Baca Surah Al-Fatihah
  4. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas
  5. Rukuk dan iktidal
  6. Seterusnya Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
  7. Duduk tahiyyat akhir
  8. Beri salam

Leave a Comment