Solat Sunat Fajar : Lafaz Niat & Cara Mengerjakannya

By mukmin

Solat sunat fajar adalah solat sunat dua rakaat yang dilaksanakan pada waktu subuh sebelum menunaikan solat fardhu subuh. Ia adalah salah satu ibadah tambahan yang dianjurkan untuk dilakukan sebelum solat subuh.

Artikel kali ini akan membincangkan niat dan cara menunaikan solat sunat sebelum subuh. Ini bertujuan untuk memberikan panduan yang jelas dan mudah diikuti bagi mereka yang ingin mengamalkan solat sunat ini.

Waktu Mengerjakan Solat Sunat Fajar

Solat sunat fajar dilakukan selepas masuk waktu Subuh tetapi sebelum melaksanakan solat fardhu Subuh

Lafaz Niat

Berikut lafaz niat solat sunat fajar:

ย Usolli Sunnatal Fajri Rakโ€™ataini Lillahi Taโ€™alaย 

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala

Cara Mengerjakannya

Cara menunaikan solat sunat ini adalah sama seperti menunaikan solat sunat dua rakaat yang lain.

Rakaat Pertama

  1. Berdiri tegak dan menghadap kiblat
  2. Mulai dengan Takbiratul Ihram dan niat: โ€œUsolli Sunnatal Fajri Rakโ€™ataini Lillahi Taโ€™alaโ€ (Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taโ€™ala)
  3. Membaca surah Al-Fatihah diikuti dengan surah pilihan
  4. Rukuk dan iktidal
  5. Teruskan dengan sujud
  6. Duduk diantara dua sujud
  7. Setelah itu, lakukan sujud kedua

Rakaat Kedua

  1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat
  2. Membaca surah Al-Fatihah diikuti surah-surah pilihan
  3. Rukuk dan bangun iktidal
  4. Teruskan dengan sujud
  5. Duduk diantara dua sujud
  6. Setelah itu, lakukan sujud kedua
  7. Duduk tahiyat akhir
  8. Memberi salam

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda mengerjakan solat sunat fajar. Semoga bermanfaat.


Leave a Comment