Solat Sunat Tasbih : Niat Dan Cara Mengerjakannya

By mukmin

Solat Sunat Tasbih dinamakan demikian kerana dalam solat ini, tasbih diucapkan sebanyak 300 kali. Amalan ini digalakkan dilakukan setiap malam jika mampu, tetapi sekiranya tidak mampu, lakukanlah sekurang-kurangnya sekali sepanjang hidup.

Niat Solat Sunat Tasbih

Berikut niat solat sunat tasbih:

Usolli Sunnatal Tasbihi Arba’a Raka’atin Lillahi Taala

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala.

Usolli Sunnatal Tasbihi Rak’ataini Lillahi Taala

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan Tasbih Dalam Solat

” Subhanallah Walhamdulillah Wala illaHa illAllah Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billlahil Aliyyil’ Adzim”
Maksudnya: ” Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah dan Allah MAha Besar, tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.”

Cara Mengerjakannya

Solat Sunat Tasbih dilakukan dengan empat rakaat. Dalam setiap rakaat, bacaan tasbih (“Subhaanallaahi, Walhamdu Lillaahi, Wa Laa ilaaha illallaahu Wallaahu Akbar”) sebanyak 75 kali.

Rakaat Pertama

  • Selepas takbiratul ihram, baca Al-Fatihah dan surah pilihan.
  • Sebelum ruku’, baca tasbih sebanyak 15 kali.
  • Semasa rukuk, bertasbihlah sebanyak 10 kali
  • Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah tasbih sebanyak 10 kali
  • Semasa dalam posisi sujud pertama, selepas bacaan “Subhaana Rabbiyal A’laa”, baca tasbih sebanyak 10 kali.
  • Selepas bangun dari sujud pertama dan sebelum sujud kedua, baca tasbih sebanyak 10 kali.
  • Semasa dalam posisi sujud kedua, baca tasbih sebanyak 10 kali.
  • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud,10 kali tasbih.
  • Selepas bangun dari sujud kedua, berdiri untuk rakaat kedua.
  • Rakaat Kedua, Ketiga dan Keempat:
    • Ulangi langkah yang sama seperti rakaat pertama.

Setelah selesai empat rakaat, lakukan tahiyyat akhir dan selawat serta doa penutup.

Leave a Comment