Puasa nazar merujuk kepada puasa yang dilaksanakan sebagai pemenuhan janji atau nazar seseorang kepada Allah SWT. Nazar merupakan janji yang dibuat seseorang untuk melakukan sesuatu perkara apabila doanya dikabulkan atau hajatnya tercapai. Sebagai contoh, seseorang mungkin bernazar untuk berpuasa selama beberapa hari jika dia diberikan rezeki tertentu, disembuhkan dari penyakit, atau mendapatkan kejayaan dalam usaha tertentu.
Puasa Nazar merupakan salah satu ibadah harus yang boleh menjadi wajib bagi seseorang individu setelah hajatnya tercapai.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda memahami dengan jelas apa itu nazar, puasa nazar, dan cara melakukannya, agar anda dapat menghindari dosa dan melaksanakan ibadah dengan betul.
Apa itu Nazar?
Nazar itu merupakan satu pengakuan bersumpah bahawa seseorang akan melakukan sesuatu apabila tiba satu-satu masa atau apabila berlaku satu-satu peristiwa,untuk sebarang tujuan yang dibolehkan oleh Syara.
Niat Puasa Nazar
Berikut lafaz niat puasa nazar:
Maksudnya : Sahaja aku berpuasa nazar pada esok hari kerana Allah Taala.
Tatacara Puasa
Untuk anda yang akan menjalankan puasa nazar, ia sebenarnya sama seperti puasa wajib atau sunat yang lain. Perbezaannya terletak pada lafaz niat yang digunakan, iaitu lafaz niat yang dinyatakan di atas.