Surah Al-Insyirah : Bacaan, Rumi Serta Maksudnya

By mukmin

Surah Al-Insyirah atau lebih dikenali sebagai surah Alam Nasyrah ini adalah surah ke-94 dalam Al-Quran dan mengandungi 8 ayat.

Surah ini diturunkan di Makkah pada saat Nabi Muhammad SAW berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan yang berat dalam menyampaikan dakwah Islam. 

Bacaan Surah Al-Insyirah

Surah Al-Insyirah

اَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَۙ

Rumi : Alam nashrah laka sadrak

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَۙ

Rumi : Wawa dok naa’ anka wizrak

Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

الَّذِيْٓ اَنْقَضَ ظَهْرَكَۙ

Rumi : Allazi anqhadha dhahrak

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَۗ

Rumi : Wa rafa na laka zikrak

Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

فَاِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًاۙ

Rumi : Fa inna ma al usri yusraa

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

اِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًاۗ

Rumi : Inna ma al usri yusraa

Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

فَاِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْۙ

Rumi : Faa iza faragta fansab

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

وَاِلٰى رَبِّكَ فَارْغَبْ ࣖ

Rumi : Waa ila rabbika fargab

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda dalam membaca, memahami, dan mendalami maksud surah ini.

Leave a Comment