Solat Dhuha adalah lambang kesyukuran kita kepada Allah SWT atas segala nikmat yang telah diberikan, termasuk nikmat kesempurnaan sendi-sendi dalam tubuh kita. Oleh itu, marilah kita berusaha untuk konsisten melaksanakan solat sunat Dhuha setiap hari, walaupun hanya dua rakaat.
Amalan yang sedikit tetapi berterusan ini sangat dicintai oleh Allah SWT, seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
โAmalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.โ
[Riwayat Muslim (783)]
Maksud solat sunat dhuha ialah yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas syuruk hingga sebelum gelincir matahari.
Hukum : Sunat Muakkad
Dalil Solat Sunat Dhuha |
ุฃูููุตูุงูููู ุฎููููููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุจูุซููุงูุซู: ุตูููุงู ู ุซููุงูุซูุฉู ุฃููููุงู ู ู ููู ููููู ุดูููุฑูุ ููุฑูููุนูุชูู ุงูุถููุญููุ ููุฃููู ุฃููุชูุฑู Maksudnya : Kekasihku SAW telah mewasiatkan kepadaku perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku, berpuasa tiga hari setiap bulan(Hijrah), mengerjakan dua rakaat solat sunat dhuha dan mengerjakan solat sebelum tidur. |
Cara Melaksanakan Solat Sunat Dhuha |
1. Niat : Lafaz niat ุฃูุตููููู ุณููููุฉู ุงูุถููุญูู ุฑูููุนูุชููู ููููู ุชูุนูุงููู (Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala. |
2. Bilangan Rakaat : 2,4,6,8 |
3. Cara pelaksanaan : Digalakkan secara bersendirian |
4. Bacaan dalam solat – Rakaat pertama : Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas @ lain-lain. -Rakaat kedua : Surah Al-Fatihah, Surah Ad-Dhuha @ lain-lain. |
5. Menyempurnakan rukun-rukun yang lain sehingga memberi salam. |
Hikmah Menunaikan Solat Sunat Dhuha
- Mendekatkan diri kepada Allah bagi meraih kasih sayang daripada Allah SWT.
- Membuktikan ketaatan kepada Allah SWT setiap masa.
- Mendapat rahmat dan rezki daripada Allah SWT.
Doa Selepas Solat Sunat Dhuha
ุงูููููููู
ูู ุฅูููู ุงูุถููุญูุงุกู ุถูุญูุงุกูููุ ููุงููุจูููุงุกู ุจูููุงุกูููุ ููุงููุฌูู
ูุงูู ุฌูู
ูุงููููุ ููุงูููููููุฉู ูููููุชูููุ ููุงููููุฏูุฑูุฉู ููุฏูุฑูุชูููุ ููุงููุนูุตูู
ูุฉู ุนูุตูู
ูุชูููุ ุงูููููููู
ูู ุฅููู ููุงูู ุฑูุฒููููู ููู ุงูุณููู
ูุงุกู ููุฃูููุฒูููููุ ููุฅููู ููุงูู ูููู ุงูุฃูุฑูุถู ููุฃูุฎูุฑูุฌูููุ ููุฅููู ููุงูู ู
ูุนูุณููุฑูุง ููููุณููุฑูููุ ููุฅููู ููุงูู ุญูุฑูุงู
ูุง ููุทููููุฑูููุ ููุฅููู ููุงูู ุจูุนูููุฏุงู ููููุฑููุจูููุ ุจูุญูููู ุถูุญูุงุฆููู ููุจูููุงุฆููู ููุฌูู
ูุงูููู ูููููููุชููู ููููุฏูุฑูุชููู ุขุชูููู ู
ูุง ุขุชูููุชู ุนูุจูุงุฏููู ุงูุตููุงููุญููููู.
Rumi: Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka, Wal Bahaa-A Bahaa-Uka, Wal Jamaala Jamaaluka, Wal Quwwata Quwwatuka, Wal Qudrata Qudratuka, Wal Ishmata Ishmatuka, Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu, Wa Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu, Wa Inkaana Muโasiran Fayassirhu, Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu, Wa Inkaana Baโidan Fa Qaribhu Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika, Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika, Aatini Maa Ataita Ibadikash Shalihin.
Maksudnya : “โYa Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu ialah waktu Dhuha-Mu, kecantikanNya itu ialah Kecantikan-Mu, Keindahan itu ialah keindahan-Mu, kekuatan itu ialah kekuatan-Mu, kekuasaan itu ialah kekuasaan-Mu dan perlindungan itu ialah perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku ada di langit maka turunkanlah, jika ada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, jika ia sukar maka permudahkanlah, jika ia haram maka sucikanlah, jika ia jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Duha-Mu, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkan kepada kami segala apa (kebaikan) yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Rahmat Allah ke atas junjungan kita Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya sekalian. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.โ
artikel lain:
- Umrah dan haji
- korban Korban