Panduan Solat Sunat Gerhana

By mukmin

Panduan ini akan membimbing anda langkah demi langkah sehingga solat ini selesai. Sebelum itu, jom kita fahami apa itu solat sunat gerhana. Solat sunat gerhana bermaksud solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau gerhana bulan dengan cara yang tertentu. Ianya juga dikenali dengan nama solat khusuf. Umat Islam boleh mendirikan solat ini secara bersendirian atau berjemaah.

Apabila berlaku gerhana bulan, disunatkan bagi umat Islam untuk mendirikan solat sunat ini, yang dilakukan apabila:

  1. Gerhana bulan biasanya berlaku pada pertengahan bulan hijriah.
  2. Kebiasaannya, ia terjadi pada waktu malam.
  3. Fenomena ini sering berlaku.
  4. Disunatkan membaca Al-Fatihah dan surah dengan suara yang jelas (jahar) ketika melaksanakan solat gerhana ini.

Tujuan solat ini adalah untuk menunjukkan kekaguman terhadap kehebatan ciptaan Allah SWT, dan ia tidak dilakukan untuk membesarkan bulan yang sedang mengalami gerhana tersebut.

Hukum Solat Sunat Gerhana

Hukum Solat Gerhana
Hukum melaksanakan solat gerhana, sama ada untuk gerhana matahari atau bulan, adalah sunat muakkad, yang bermaksud ia adalah solat yang sangat dianjurkan dan pahalanya amat besar.

Panduan lengkap mengenai Solat Sunat Gerhana Matahari boleh dirujuk melalui pautan ini:

Solat Sunat Gerhana Matahari

Kaifiat Solat Sunat Gerhana Matahari
Pengertian Gerhana Bulan (Khusuf)
โ€œSesungguhnya matahari dan bulan itu adalah dua tanda kebesaran Allah. Gerhana tidak terjadi kerana kematian seseorang atau kelahirannya. Apabila kamu menyaksikan gerhana, maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu sehingga cuaca kembali terang.โ€
โ€“ Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim โ€“

โ€˜Khusufโ€™ (ุงู„ุฎูุณููˆูู) secara bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, sama ada sebahagian atau keseluruhan cahayanya.

Namun begitu, kedua-dua perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada gerhana matahari dan bulan, tetapi istilah โ€˜khusufโ€™ khusus digunakan untuk gerhana bulan.

Menurut hadis, ketika gerhana matahari berlaku pada hari kematian putera Rasulullah, Ibrahim, solat sunat gerhana ini dianjurkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Jumlah Rakaat Solat Gerhana

Jumlah Rakaat Solat Gerhana
2 Rakaat ( Sama seperti solat sunat yang lain) Apa yang membezakannya adalah ia mempunyai empat Al-Fatihah, empat rukuk, dan empat sujud dalam dua rakaat tersebut.

Lafaz Niat Solat Gerhana Bulan

Niat : ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ุณูู†ูŽู‘ุฉูŽ ู„ููƒูุณููˆู’ูู ุงู„ุดูŽู‘ู…ู’ุณู ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ู…ูุณู’ุชูŽู‚ู’ุจูู„ูŽ ุงู„ู’ู‚ูุจู’ู„ูŽุฉู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ุชุนุงู„ู‰
Usolli Sunnatal Khusuu-fi Rakโ€™ataini Lillahi Taala
โ€œSahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Taala.โ€

Hikmah Menunaikan solat sunat Gerhana

  1. Menginsafi kekuasaan Allah SWT terhadap penciptaan alam semesta agar sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diberikan.
  2. Memohon keampunan kepada Allah SWT terhadap segala dosa yang dilakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja.
  3. Memberikan peringatan supaya manusia tidak melakukan kerosakan dan kemungkaran.

Leave a Comment