Korban
Ibadah korban adalah salah satu amalan yang sangat disukai oleh Allah, terutamanya ketika tibanya Hari Raya Aidiladha. Oleh itu, setiap tahun, kita dapat melihat ramai ahli keluarga dan orang sekeliling turut serta dalam melaksanakan ibadah ini.
Maksud korban ialah menyembelih binatang ternakan pada sepuluh zulhijjah hingga akhir hari tasyrik bertujuan mendekatkan diri kepadda Allah SWT.
Hukum Ibadah korban
Ibadah korban merupakan suatu ibadah sunat muakkad iaitu ibadah yang sangat dituntut untuk melakukannya. Sekiranya bernazar maka wajib.
Allah berfirman : Surah Al-Kausar: 2)
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ ٢
Maksudnya : Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Binatang ternakan yang disyariatkan korban
Syarat Sah Korban
Perkara Sunat Korban
- Sunat Menyembelih dengan Sendiri
Bagi individu yang menunaikan ibadah korban, adalah lebih baik jika dia sendiri yang menyembelih haiwan tersebut, kerana ini lebih afdal. - Sunat Menghadirkan Diri Menyaksikan Penyembelihan Haiwan Korban
Bagi peserta korban yang menyerahkan tugas sembelihan kepada orang lain, disunatkan untuk hadir dan menyaksikan sendiri proses penyembelihan itu sebagai tanda penghayatan. - Membaca “Bismillahi Allahu Akbar”
Salah satu amalan yang dianjurkan ialah membaca Bismillahi Allahu akbar dan selawat ke atas Rasulullah SAW - Sunat Makan Daging Korban Walaupun Sedikit
Salah satu amalan yang dianjurkan ialah peserta korban digalakkan untuk menikmati sebahagian daripada daging korban mereka, walaupun hanya sedikit.
Pembahagian Daging Korban
Pembahagian Daging Korban
Pembahagian daging korban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan korban wajib (nazar) dan sembelihan sunat
PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN WAJIB ATAU NAZAR
WAJIB semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berkorban memakan daging korbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.
PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN SUNAT
- 1/3 pihak berkorban dan ahli keluarganya
- 1/3 fakir dan miskin
- 1/3 sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran
Hikmah Korban
- Mengagungkan Syiar Islam yang merupakan tanda takwa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
- Menghayati semangat pengorbanan yang telah dilakukan oleh nabi Ibrahim AS, supaya semangat tersebut menaikkan semangat jihad.
- Mengeratkan persaudaraan antara umat Islam kerana solat sunat Aidiladha menghimpunkan seluruh umat Islam.
- Tanda bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat supaya rezeki yang diperoleh sentiasa diberkati.