Penyakit Ain : Tanda Dan Cara Merawatnya

By mukmin

Kebelakangan ini, kita sering mendengar tentang penyakit ain yang semakin banyak berlaku dalam masyarakat.

Apa sebenarnya penyakit ain, bagaimana seseorang itu boleh terkena penyakit ini, dan apakah kesannya kepada seseorang?

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi sedikit maklumat mengenai penyakit ain dan cara untuk merawatnya.

Apa Itu Penyakit Ain ?

Penyakit ain merujuk kepada gangguan yang disebabkan oleh pandangan mata yang penuh hasad atau iri hati, yang mana pandangan tersebut boleh menyebabkan kemudaratan dalam kehidupan seseorang.

Penyakit ain ini boleh datang daripada sesiapa sahaja, sama ada orang yang mempunyai niat jahat, orang yang dengki, atau bahkan orang yang soleh.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Qalam, ayat 51 yang bermaksud:

ูˆูŽุฅูู† ูŠูŽูƒูŽุงุฏู ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ูƒูŽููŽุฑููˆุง ู„ูŽูŠูุฒู’ู„ูู‚ููˆู†ูŽูƒูŽ ุจูุฃูŽุจู’ุตูŽุงุฑูู‡ูู…ู’

Maksudnya:ย โ€œDan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian).โ€

Tanda Terkena Penyakit Ain

Tanda-tanda terkena penyakit โ€˜ain boleh berbeza antara individu, tetapi beberapa tanda yang sering dikaitkan adalah:

  • Keletihan melampau tanpa sebab yang jelas.
  • Sakit kepala yang kerap dan sukar hilang.
  • Perasaan cemas atau tertekan secara tiba-tiba.
  • Kesukaran tidur atau mengalami mimpi buruk.
  • Hilang selera makan atau perubahan berat badan yang mendadak.
  • Masalah kesihatan yang tidak dapat dijelaskan secara perubatan.
  • Kelemahan tubuh badan yang tidak berkaitan dengan aktiviti fizikal.
  • Sukar memberi tumpuan atau merasa lemah semangat.
  • Suka menyendiri.
  • Dada terasa sesak sehingga ingin menangis.
  • Terasa ingin mati dan putus asa.
  • Rasa takut terhadap tempat atau orang tertentu seperti pejabat atau sekolah atau rumah yang mana sebelumnya dia sangat suka dengan tempat tersebut.

Cara Untuk Merawatnya

Untuk mencari kesembuhan daripada penyakit ain, terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan:

1. Memohon Perlindungan kepada Allah

Bacalah doa-doa perlindungan seperti ayat Kursi, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Nas. Mengamalkan doa-doa ini boleh membantu melindungi diri daripada pengaruh negatif.

2. Amalkan Zikir

Amalkan zikir sebagai pendinding daripada penyakit ain serta musibah lain seperti berikut:

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ูŽู‘ุฐูู‰ู’ ู„ุงูŽูŠูŽุถูุฑูู‘ ู…ูŽุนูŽ ุงุณู’ู…ูู‡ู ุดูŽูŠู’ุฆูŒ ููู‰ ุงู’ู„ุงูŽุฑูุถู ูˆูŽู„ุงูŽ ููู‰ ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุขุกู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุงู„ุณูŽู‘ู…ููŠู’ุนู ุงู„ู’ุนูŽู„ููŠู’ู…ู

Bismillahillazi layadurru maโ€™asmihi syaiโ€™un fil ardi wala fis samaโ€™i wa huwassamiโ€™ul โ€˜alim

Maksudnya: โ€œDengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan di langit tidak akan berbahaya, DIALAH yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.โ€

3. Berwaspada Dalam Berkongsi Kisah Peribadi

Dalam kita menggunakan media sosial, kita perlulah sentiasa berwaspada kerana ia boleh menjadi platform yang membawa kepada kemudaratan diri. Setiap orang mempunyai hak untuk menjaga dan menyembunyi hal peribadi masing-masing.

Oleh itu, langkah terbaik adalah untuk bersederhana dalam berkongsi kisah peribadi di media sosial.

4. Ruqyah

Ini merujuk kepada pembacaan ayat-ayat Al-Qur’an sebagai rawatan. Jika mengalami masalah yang serius atau tidak membaik, berjumpa dengan ahli ruqyah yang berpengetahuan.



Leave a Comment