Setiap ayat dalam al-Quran mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Begitu juga dengan ayat seribu dinar.
Apa Itu Ayat Seribu Dinar?
Ayat Seribu Dinar merupakan potongan ayat daripada ayat suci Al-Quran, lebih tepatnya cebisan ayat dari Surah At-Talaq iaitu ayat dua hingga ayat tiga surah tersebut.ย
Ayat seribu dinar adalah amalan yang terkenal dalam hal rezeki dan perlindungan diri. Ramai yang mengamalkannya untuk memohon agar Allah SWT mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan, dan penyelesaian masalah. Namun, adalah penting untuk mengamalkannya secara konsisten.
Ayat Seribu Dinar
Rumi : Waman yattaqillฤha yajโal lahแปฅ makhrajฤ. Wa yarzuqhu min แธฅaiแนกu lฤ yaแธฅtasib,Wa may yatawakkal โalallฤhi fahuwa แธฅasbuh, innallฤha bฤligu amrih, qad jaโalallฤhu likulli syai`in qadrฤ.
Maksudnya :
โDan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
Kelebihan Mengamalkan Ayat Seribu Dinar
Berikut adalah beberapa kelebihan mengamalkan Ayat Seribu Dinar:
- Memperolehrezeki yang datang dengan cara yang tidak diduga.
- Menemukan penyelesaian untuk masalah dan kesulitan.
- Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana.
- Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
- Dapat memberi ketenangan dan menghilangkan segala kegelisahan.