Setiap tahun, ibadah puasa dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh dunia dalam bulan Ramadhan. Salah satu amalan ibadah yang umum dilakukan pada bulan ini adalah pelaksanaan solat tarawih.
Solat Tarawih adalah ibadah sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan. Ia boleh dilakukan secara individu di rumah atau secara berjemaah di masjid. Solat sunat terawih adalah sunat Muakkad, yang sangat dituntut (dikerjakan) oleh setiap lelaki dan perempuan Muslim pada setiap malam bulan Ramadhan.
Waktu Dan Bilangan Solat Sunat Tarawih
Solat sunat terawih dilaksanakan setelah sembahyang Fardhu Isyak dan sunat ba’diah (setelah Isyak) dalam dua rakaat. Ia juga dilakukan seperti solat sunat biasa iaitu bermula dengan melaksanakan dua rakaat dan kemudian disusuli dengan satu salam. Langkah ini diulangi sehingga mencapai jumlah rakaat yang diinginkan.
Di Malaysia, kita sering melihat pelaksanaan solat sunat Tarawih di surau dan masjid dengan dua pilihan yang berbeza. Beberapa tempat memilih untuk menunaikan 20 rakaat, sementara yang lain memilih untuk melaksanakan hanya 8 rakaat.
Cara Solat Sunat Tarawih
Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan solat sunat Tarawih, baik secara sendiri atau bersama-sama dalam jemaah.
1. Niat: Sertakan niat dalam hati untuk menjalankan solat sunat Tarawih.
Niat Solat Tarawih Bersendirian
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.
Niat Solat Tarawih Berjemaah (Makmum)
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Niat Solat Tarawih Imam
Maksudnya :ย Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.
2. Tatacara Solat Tarawih
Rakaat Pertama
- Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
- Kemudian, baca doa iftitah
- Membaca Surah Al-Fatihah
- Membaca surah lazim atau surah pilihan
- Teruskan dengan Rukuk dan Iktidal
- Seterusnya Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
Rakaat Kedua
- Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat
- Baca Surah Al-Fatihah
- Membaca surah lazim atau surah pilihan
- Rukuk dan Iktidal
- Seterusnya Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
- Duduk Tahiyyat akhir
- Memberi salam
Untuk menunaikan rakaat 3 & 4, 5 & 6, serta 7 & 8, cara melaksanakannya sama seperti langkah-langkah seperti yang telah dijelaskan diatas ini.
3. Selawat & Wirid Antara Solat
4. Cara Solat Sunat Witir
Setelah menyelesaikan Solat Tarawih, langkah seterusnya adalah melaksanakan Solat Witir dalam tiga rakaat.
Solat Witir boleh dilaksanakan dalam tiga rakaat dengan dua salam. Solat pertama melibatkan dua rakaat, manakala solat kedua melibatkan satu rakaat.
1. Lafaz Niat Solat Sunat Witir 2 Rakaat
- ุงูุตููููู ุณููููุฉู ุงููููุชูุฑู ุฑูููุนูุชูููููย ููููู ุชูุนูุงููู
- Rumi :ย Ushalli sunnatal witri rakโataini lillahi taโaalaa
- Maksudnya :ย Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah taโala
2. Lafaz Niat Solat Sunat Witir 1 Rakaat
- ุงูุตููููู ุณููููุฉู ุงููููุชูุฑูุฑูููุนูุฉูย ููููู ุชูุนูุงููู
- Rumi :ย Ushalli sunnatal witri rakโatan lillahi taโaalaa
- Maksudnya :ย Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah taโala
Rakaat Pertama
- Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
- Baca doa iftitah
- Membaca Surah Al-Fatihah
- Baca Surah Al-Aโla
- Rukuk dan iktidal
- Seterusnya Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
Rakaat Kedua
- Mulakan dengan lafaz takbir intiqalat
- Baca Surah Al-Fatihah
- Kemudian, baca Surah Al-Kafirun
- Rukuk dan iktidal
- Seterusnya Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
- Duduk tahiyyat akhir
- Beri salam
Rakaat Ketiga (Rakaat Terakhir)
- Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
- Baca doa iftitah
- Baca Surah Al-Fatihah
- Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas
- Rukuk dan iktidal
- Seterusnya Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
- Duduk tahiyyat akhir
- Beri salam
Ingatlah bahawa solat Tarawih merupakan amalan sunat yang sangat dianjurkan pada bulan Ramadan. Lakukan solat ini dengan penuh kesungguhan dan khusyuk dalam setiap gerakan dan doa. Semoga setiap gerakan dan bacaan kita di dalam solat ini diterima oleh Allah SWT dan membawa keberkatan dalam hidup kita.