Surah 3 Qul : Maksud Dan Kelebihan

By mukmin

Surah 3 Qul, atau juga dikenali sebagai Surah al-Muawwizat yang memiliki keistimewaan tersendiri. Surah 3 Qul ini adalah ringkasan dari tiga surah terakhir di dalam Al-Qur’an yang dimulai dengan kata “Qul” iaitu Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, dan Surah an-Naas. Surah ini sangat baik diamalkan setiap hari.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan bacaan arab, rumi dan maksud bagi surah 3 Qul ini untuk memudahkan anda.

Surah 3 Qul

1. Surah Al-Ikhlas

Bacaan Rumi : Qul Huwallahu Ahad (1) Allahussomad (2) Lam Yalid Walam Yuulad (3) Walam Yakullahu Kufuwan Ahad (4)

Maksudnya :

  • Dia Allah Yang Maha Esa (1)
  • Allah Adalah Tuhan Yang Bergantung Kepadanya Segala Sesuatu (2)
  • Dia Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan (3)
  • Dan Tidak Ada Seorangpun Yang Setara Dengan Dia (4)

2. Surah Al-Falaq

Bacaan Rumi : Qul A’uuzu Birobbil Falaq (1) Min Syarrimaa Kholaq (2) Wa Min Syarri Ghoosiqin Izaa Waqob (3) Wa Min Syarrin Naffaatha Tifil ‘Uqod (4) Wa Min Syarrihaa Sidin Izaa Hasad (5)

Maksudnya :

  • Aku Berlindung Kepada Tuhan Yang Menguasai Subuh (1)
  • Daripada Kejahatan MakhlukNya (2)
  • Dan Daripada Kejahatan Malam Apabila Telah Gelap Gelita (3)
  • Dan Daripada Kejahatan Wanita-Wanita Tukang Sihir Yang Menghembus Pada Buhul-Buhul (4)
  • Dan Daripada Kejahatan Orang Yang Dengki Apabila Dia Dengki (5)

3. Surah An-Nas

Bacaan Rumi : Qul A’uuzu Birobbinnaas (1) Malikinnaas (2) Ilaahinnaas (3) Min Syarril Waswaasil Khonnaas (4) Allazii Yuwas Wisufii Suduu Rinnaas (5) Minal Jinnati Wannaas (6)

Maksudnya :

  • Aku Berlidung Kepada Tuhan Manusia (1)
  • Raja Manusia (2)
  • Sembahan Manusia (3)
  • Daripada Kejahatan (Bisikan Syaitan) Yang Apabila Bersembunyi (4)
  • Yang Membisikkan (Kejahatan) Ke Dalam Dada Manusia (5)
  • Daripada Jin dan Manusia (6)

Kelebihan Surah 3 Qul

Mengamalkan Surah 3 Qul terutama sebelum tidur memiliki banyak kelebihan, di antaranya adalah:

  1. Berlindung dari segala bentuk gangguan jin.
  2. Melindungi diri dari terkena sihir.
  3. Menjauhkan diri dari penyakit was-was
  4. Dapat menghindar dari segala bentuk kejahatan dan perkara buruk

Mari kita bersama-sama mengamalkan surah 3 Qul ini untuk mengingatkan kita akan keesaan Allah, memberikan perlindungan dari kejahatan, dan merupakan usaha bersama untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Leave a Comment