Melaksanakan solat adalah satu daripada lima Rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim. Walau bagaimanapun, ada kalanya seseorang itu mungkin melewatkan waktu solat yang sepatutnya dilaksanakan. Dalam keadaan seperti ini, penting untuk menunaikan semula solat yang terlepas.
Cara untuk menggantikan semula solat yang tertinggal dalam Islam ialah melalui proses yang disebut sebagai qada solat atau ganti solat.
Apa Itu Qada Solat?
Qada solat atau lebih dikenali sebagai ganti solat merupakan langkah penting yang perlu diambil apabila seseorang tidak dapat menunaikan solat fardu pada waktunya disebabkan tertidur, lupa, gila atau dalam keadaan darurat.
Niat Qada Solat
Berikut adalah lafaz niat qada solat dalam bahasa arab, rumi serta maksudnya yang memudahkan anda untuk memahaminya.
1. Niat Qada Solat Subuh
Maksudnya : Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
2. Niat Qada Solat Zuhur
Maksudnya : Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
3. Niat Qada Solat Asar
Maksudnya : Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala
4. Niat Qada Solat Magrib
Maksudnya : Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
5. Niat Qada Solat Isyak
Maksudnya : Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Adalah kewajiban kita untuk bersungguh-sungguh menggantikan solat fardhu yang kita tinggalkan. Kita perlu berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakannya.
Kami harap dengan niat yang kami kongsikan di atas, anda dapat melaksanakan solat dengan lebih mudah. Semoga ianya memberi manfaat.