Puasa dari segi bahasa merujuk kepada tindakan menahan diri. Manakala, dari segi istilah pula adalah menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta dengan niat.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda lafaz niat puasa dan juga doa buka puasa yang mudah untuk anda fahami.
Untuk solat tarawih, boleh pelajari panduan solat tarawih ini.
Niat Puasa Ramadhan
Berikut adalah niat puasa bulan ramadhan harian dan sebulan.
Lafaz niat puasa harian
- Rumi : Nawaitu Souma Ghadin โAn Ada-โi, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lilโlahi Taโala .
- Maksudnya : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taโala.
Lafaz niat puasa sebulan
- Rumi : Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kulโlihi Lilโlahi Taโala.
- Maksudnya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.
Doa Buka Puasa
Di bawah adalah panduan doa berbuka puasa.
Doa Buka Puasa Sendiri
ุงูููููููู ูู ูููู ุตูู ูุชู ููุจููู ุขู ูููุชู ููุนูููู ุฑูุฒููููู ุฃูููุทูุฑูุชู ุจูุฑูุญูู ูุชููู ููุงุฃูุฑูุญูู ู ุงูุฑููุงุญูู ููููู
Rumi : Allahumma lakasumtu wabika aamantu waโalaa rizqika afthortu birohmatika yaa arhamar roohimin.
Maksudnya : Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Doa Buka Puasa Ramai
Rumi : Allahumma lakasumna wabika aamanna waโalaa rizqika afthorna birohmatika yaa arhamar roohimin.
Maksudnya : Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Semasa bulan puasa, jangan lupa untuk tunaikan kewajibab mengerjakan solat lima waktu, selepas solat 5 waktu bolehlah membaca doa ini iaitu doa selepas solat.