Panduan Mudah Puasa 6 Syawal

Dalam agama Islam, puasa adalah salah satu ibadah yang sangat penting. Selain menjalankan puasa wajib di bulan Ramadan, umat Islam juga disarankan untuk melaksanakan puasa sunnah. Contoh puasa sunnah yang dianjurkan adalah puasa enam hari di bulan Syawal, yang dilakukan setelah selesai puasa Ramadan.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan niat dan kelebihan melaksanakan puasa enam hari di bulan Syawal.

Niat Puasa 6 Syawal

Berikut adalah lafaz niat untuk puasa enam hari di bulan Syawal.

نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى

Rumi : Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala

Maksudnya : “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala”

Niat Puasa 6

Kelebihan Puasa 6 Syawal

Berpuasa enam hari di bulan Syawal memiliki banyak kelebihan dan keistimewaan, di antaranya adalah:

1. Pahala sama dengan berpuasa setahun

  • Berpuasa Enam Syawal memberikan pahala yang sama dengan berpuasa sepanjang tahun. Ini peluang yang baik untuk menambah ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

2. Puasa pada bulan Syaaban dan Syawal menyempurnakan puasa Ramadan.

3. Dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

  • Melalui pelaksanaan puasa ini, kita juga dibantu mendekatkan diri kepada Allah SWT.

4. Bukti syukur kita kepada Allah SWT.

5. Bukti keikhlasan amal soleh sepanjang bulan Ramadan.

Kelebihan puasa 6

Leave a Comment