Wudhu dalam konteks bahasa merujuk kepada kebaikan dan kebersihan. Manakala menurut syarak ertinya membersihkan anggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil.ย Oleh itu, sebelum beribadah terutamanya solat, adalah kewajipan bagi kita untuk melakukan wudhu dengan sempurna bagi memastikan sahnya ibadah kita kerana wuduk adalah syarat sahnya solat.
Rukun Wuduk
Rukun wuduk ada enam perkara penting yang perlu dipenuhi:
- Niat: Berniat untuk melakukan wuduk.
- Membasuh muka: Membersihkan seluruh muka dari tempat tumbuh rambut hingga bawah dagu, dan dari anak telinga kanan ke kiri.
- Membasuh kedua tangan: Meratakan air ke lengan atas hingga siku, termasuk tangan.
- Mengusap kepala: Menyapu sebahagian daripada kepala dengan air.
- Membasuh kedua kaki: Membasuh kedua kaki sampai kedua mata kaki atau tumit.
- Tertib: Pastikan setiap anggota tubuh dibasuh mengikuti urutan yang telah ditetapkan untuk wuduk. Wuduk tidak akan dianggap sah jika tertinggal salah satu dari rukun atau anggota yang wajib dibasuh.
Doa Selepas Wuduk
Berikut adalah doa selepas wuduk:
Maksudnya : โAku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang ahli taubat, dan jadikanlah aku orang yang suci serta termasuk dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.
Semoga perkongsian yang kami kongsikan dalam artikel ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.