Solat Nikah, atau lebih dikenali sebagai Solat az-Zawaj (صلاة الزواج), merupakan satu solat sunat yang dijalankan dengan niat untuk menyatakan rasa syukur kepada Allah SWT oleh pasangan suami-isteri yang baru memasuki alam perkahwinan. Ia juga boleh dilakukan sebelum dan selepas upacara nikah.
Bagi mereka yang baru berkahwin, solat ini menjadi salah satu amalan sunat yang dianjurkan sebagai langkah awal untuk memohon rahmat, keberkatan, dan perlindungan dari Allah SWT terhadap rumah tangga baru mereka.
Selepas melangsungkan akad nikah, disarankan agar kedua-dua pengantin khususnya pengantin lelaki melaksanakan solat sunat nikah sebagai satu amalan yang baik. Solat sunat nikah terdiri daripada dua rakaat, diikuti dengan sujud syukur setelah menunaikannya.
Niat Solat Sunat Nikah
Berikut adalah lafaz niat solat sunat nikah :
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat berkahwin (nikah) dua rakaat kerana Allah Taala.
Cara Mengerjakan Solat Sunat Nikah
Setelah sah bernikah, laksanakanlah Solat Sunat Nikah dua rakaat dengan niat semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT.
Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk melaksanakan solat Sunat Nikah:
Rakaat Pertama
1. Solat dimulakan dengan takbiratul ihram yang disertakan dengan bacaan niat solat sunat nikah dalam hati.
2. Membaca surah Al-Fatihah.
3. Membaca surah atau mana-mana ayat pilihan di dalam al-quran. Contohnya, surah Al-Kafirun.
4. Teruskan dengan sujuk dan ikhtidal.
5. Sujuk dan duduk diantara dua sujud sehingga rakaat pertama selesai.
Rakaat Kedua
1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat.
2. Membaca surah Al-Fatihah.
3. Membaca surah atau ayat-ayat lain di dalam al-Quran. Sebagai contoh, surah Al-Ikhlas.
4. Selesai membaca surah, teruskan dengan rukuk dan iktidal.
5. Kemudian, sujud dan duduk diantara dua sujud.
6. Lakukan sujud kedua.
6. Setelah itu, duduk tahiyyat akhir.
7. Solat diakhiri dengan memberi salam.
Melakukan Sujud Syukur Selepas Solat
Digalakkan untuk melakukan Sujud Syukur sebaik sahaja selesai memberi salam Solat Sunat Nikah. Pelaksanaannya adalah berdiri atau duduk menghadap kiblat diikuti dengan takbir (Allahu akbar) sambil berniat di dalam hati seperti berikut:
“Sahaja aku Sujud Syukur kerana Allah Ta’ala”
Seterusnya, sujudlah menghadap kiblat dan bacalah zikir yang memuji Allah semasa sujud, seperti mana-mana zikir yang sesuai, antaranya seperti berikut:
Maksudnya : Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.
Setelah selesai, bangun dari sujud sambil duduk seperti dalam posisi antara dua sujud, lalu sambung dengan memberi salam.