Cara Mengerjakan Solat Sunat Isyraq

By mukmin

Dalam artikel kali ini, kami akan membicangkan mengenai solat sunat isyraq yang mungkin ingin anda ketahui.

Apa Itu Solat Sunat Isyraq

Syuruq  (شروق) merujuk kepada matahari naik atau memancar, manakala Isyraq (إشراق) pula bermakna kecerahan.

Solat sunat Isyraq adalah tanda syukur kepada Allah SWT kerana kita diberikan kesempatan untuk bertaubat dan merasai nikmat kehidupan yang telah dianugerahkan.

Rasulullah SAW menyarankan umatnya untuk duduk berzikir kepada Allah SWT setelah menunaikan Solat Subuh berjemaah sehingga matahari naik, dan kemudian melaksanakan solat sunat dua rakaat.

Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa pahala yang besar bagi sesiapa yang melaksanakan ibadah tersebut, Baginda SAW bersabda:

Waktu Solat Sunat Isyraq

Solat Sunat Isyraq dilaksanakan setelah matahari terbit dan mencapai ketinggian kira-kira segalah (3 meter), iaitu selepas waktu yang diharamkan untuk solat.

Dalam perhitungan moden, waktu tersebut dianggarkan bersamaan dengan 1 jam 16 minit atau 1 jam 17 minit dari awal masuk waktu subuh. Dalam kata lain, waktu solat ini dianggap lebih kurang 16 atau 17 minit selepas syuruq (terbit matahari).

Solat ini mempunyai tempoh yang sangat singkat, lebih kurang 15 minit selepas syuruk sehingga masuk waktu Dhuha.

Niat Solat Sunat Isyraq

Berikut adalah niat solat sunat isyraq:

Usolli Sunnatal Isyraqi Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat isyraq dua rakaat kerana Allah Taala

Cara Mengerjakan Solat Sunat Isyraq

Cara melaksanakan solat sunat ini serupa dengan cara menunaikan solat-solat sunat dua rakaat yang lain dari segi cara dan tatacara.

Sebelum Solat Sunat Isyraq dilaksanakan, disunatkan doa ini dibaca terlebih dahulu:

Alhamdulillahil ladzi aqolanaa yawmana hazaa walam yuhliknaa bidzunuubina 

Maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan hari ini kepada kami dan tidak membinasakan kami kerana dosa-dosa kami”

Rakaat Pertama

  1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan disertakan bacaan niat solat sunat isyraq di dalam hati.
  2. Membaca doa iftitah
  3. Kemudian, baca surah Al-Fatihah
  4. Setelah membaca al-Fatihah, bacalah apa-apa surah atau ayat Al-Quran
  5. Kemudian, rukuk dan sujud seperti biasa sehingga rakaat pertama selesai

Rakaat Kedua

  1. Rakaat kedua diawali dengan lafaz takbir intiqalat
  2. Bacakan Surah Al-Fatihah
  3. Setelah itu, membaca mana-mana surah (Contohnya, surah Al-Ikhlas)
  4. Kemudian, rukuk dan sujud seperti biasa
  5. Tahiyyat akhir
  6. Solat diakhiri dengan memberi salam

Leave a Comment