Bacaan Tahiyat Akhir Beserta Maksudnya

By mukmin

Solat merupakan tanggungjawab yang sangat penting bagi umat Islam. Ia tidak hanya menjadi salah satu dari rukun Islam, tetapi juga sebagai tanda keislaman seseorang. Selain menjadi salah satu rukun Islam, solat juga menjadi asas kepada segala amalan baik umat Islam.

Dalam solat, ada satu bacaan yang disebut sebagai tahiyat akhir. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan bacaan tahiyat akhir beserta maksudnya.

Apa Itu Tahiyat Akhir

Tahiyat akhir merupakan salah satu daripada rukun solat yang wajib dilaksanakan ketika solat. Perbuatan ini melibatkan gerakan anggota tubuh dan penggunaan lidah yang perlu dilakukan mengikut cara-cara tertentu.

Oleh itu, bacakanlah bacaan ini dengan cara yang betul dari segi makhraj dan tajwid.

Bacaan Tahiyat Akhir

Berikut adalah bacaan tahiyat akhir.

لتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ اَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِاللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ اَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّاللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ، اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى
اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

Bacaan Tahiyyat Akhir
“Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu allaa illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala saidina Muhammad wa’ala ali saidina Muhammad. Kama sollaita’ala saidina Ibrahim wa’ala ali saidina Ibrahim. Wabarik ‘ala saidina Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim. Fil ‘alamin innaka hamidummajid”

Maksudnya :

 “Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan berkahilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.”

Leave a Comment