Solat sunat adalah ibadah tambahan yang dianjurkan dalam agama Islam. Terdapat pelbagai jenis solat sunat yang biasa kita dengar, seperti solat tahajud, solat rawatib (sebelum dan selepas solat fardu), solat hajat, solat tarawih, solat witir, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, pernahkah anda mendengar tentang solat sunat mutlak?
Oleh itu, di sini kami akan membincangkan serba sedikit tentang Solat Sunat Mutlak yang mungkin ingin anda ketahui.
Apa Itu Solat Sunat Mutlak?
Solat sunat sebenarnya merangkumi dua kategori iaitu solat sunat mutlak dan solat sunat muqayyad.
Solat sunat mutlak tidak mempunyai waktu tertentu yang ditetapkan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai (melainkan waktu yang diharamkan untuk solat). Solat sunat mutlak tidak mempunyai had jumlah rakaat dan boleh dilakukan dengan berapa rakaat yang sesuai mengikut keperluan individu. Contohnya solat sunat taubat, solat sunat istikharah, solat sunat hajat dan sebagainya.
Manakala, solat sunat muqayyad mempunyai waktu yang telah ditetapkan. Contohnya solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat rawatib dan solat sunat gerhana.
Ini membolehkan kita untuk memahami perbezaan antara kedua-dua jenis solat sunat ini dan melaksanakannya dengan lebih baik.
Niat Solat Sunat Mutlak
Rumi : Usolli Solatal Sunnati Rak’ataini Lillahi Taala
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala
Cara Melaksanakannya
RAKAAT PERTAMA
1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dan niat.
2. Baca Surah Al-Fatihah
3. Kemudian, baca surah Al-Kafirun
4. Rukuk dan bangun iktidal
5. Sujud dan kemudian duduk diantara dua sujud
6. Lakukan sujud kedua
7. Duduk istirahat seketika sebelum bangun untuk Rakaat Kedua.
RAKAAT KEDUA
1. Rakaat kedua dimulai dengan Lafaz Takbir Intiqalat
2. Baca Surah Al-Fatihah
3. Membaca Surah Al-Ikhlas
4. Rukuk dan bangun iktidal
5. Sujud dan kemudian duduk diantara dua sujud
6. Lakukan sujud kedua
7. Tahiyyat akhir
8. Solat diakhiri dengan memberi salam
Berikut adalah panduan mudah untuk melaksanakan solat sunat mutlak. Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda.