Solat Sunat Tahiyatul Masjid : Niat Dan Cara Melaksanakannya

By mukmin

Solat sunat Tahiyatul Masjid adalah solat sunat dua rakaat yang dilakukan sebelum kita duduk setelah memasuki masjid atau surau.

Solat Sunat Tahiyyatul Masjid adalah amalan sunat muakkad yang sangat disyorkan sebagai cara untuk menghormati masjid dan sebagai ucapan salam kepada rumah Allah yang kita kunjungi. Oleh itu, apabila seseorang memasuki masjid, adalah disyorkan untuk menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid yang terdiri daripada dua rakaat, pada bila-bila masa dia memasuki masjid tersebut.

Tertib Tahiyatul Masjid

Anda boleh menunjukkan penghormatan anda ketika memasuki masjid dengan cara berikut:

1. Membaca doa ketika memasuki masjid

Doa Masuk Masjid

Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Allahummagfirli Zunubi Waftahli Abwaba Rahmatika

Maksudnya : Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu.

2. Lakukan solat sunat tahiyatul masjid

a. Niat

Niat solat sunat tahiyatul masjid

b. Cara Mengerjakannya

Rakaat Pertama

  • Mulakan dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati ““Sahaja aku Solat Sunat Tahiyyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala”.
  • Membaca surah A-Fatihah diikuti dengan surah lazim seperti surah Al-Kafirun
  • Rukuk dan bangun iktidal
  • Sujud dan kemudian duduk diantara dua sujud
  • Sujud kedua

Rakaat Kedua

  • Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat
  • Membaca surah Al-Fatihah diikuti dengan surah Al-Ikhlas
  • Rukuk dan bangun iktidal
  • Sujud dan duduk diantara dua sujud
  • Lakukan sujud kedua
  • Kemudian, lakukan tahiyyat akhir
  • Memberi salam

Leave a Comment