Doa Sebelum Dan Selepas Makan

By mukmin

Doa makan sering diajarkan kepada kita sejak kecil lagi, baik di sekolah maupun di rumah. Ia merupakan doa penting yang perlu kita ingat setiap kali sebelum dan selepas makan. Ia mencerminkan rasa syukur kita terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah dan sekaligus memohon kebaikan dari apa yang kita makan

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan doa sebelum dan selepas makan untuk rujukan semua.

Doa Makan : Sebelum Dan Selepas

Berikut adalah doa sebelum dan selepas makan:

1. Doa Sebelum Makan

ุงู„ูŽู‘ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุจูŽุงุฑููƒู’ ู„ูŽู†ูŽุง ูููŠู…ูŽุง ุฑูŽุฒูŽู‚ู’ุชูŽู†ูŽุงุŒ ูˆูŽู‚ูู†ูŽุง ุนูŽุฐูŽุงุจูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุฑู

  • Bacaan Rumi : Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar
  • Maksudnya : Ya Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.

2. Doa Selepas Makan

ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูู„ู„ู‡ู ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู’ู†ูŽ ุงูŽุทู’ุนูŽู…ูŽู†ูŽุง ูˆูŽุณูŽู‚ูŽุงู†ูŽุง ูˆูŽุฌูŽุนูŽู„ูŽู†ูŽุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ููŠู’ู†ูŽ

  • Bacaan Rumi : Alhamdu lillahhil-ladzi ath-amanaa wa saqaana wajaโ€™alanaa minal muslimiin
  • Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami muslim.
Doa sebelum dan selepas makan

Adab Makan Rasulullah

Antara adab makan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah:

  1. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan
  2. Membaca bismillah dan doa sebelum makan
  3. Makan menggunakan tangan kanan
  4. Makan dengan posisi duduk
  5. Makan makanan yang terdekat terlebih dahulu
  6. Menghindar daripada mengkritik makanan yang tidak disukai
  7. Makan tidak bersandar
  8. Mendoakan orang yang mempelawa makan
  9. Menutup tempat makan dan minum

Dengan panduan ini, diharapkan dapat membantu anda membaca doa sebelum dan setelah makan dengan benar dan lancar serta memahami maksud dalam doa tersebut. Semoga bermanfaat.

Leave a Comment