Doa Ketika Memakai Dan Membuka Pakaian

By mukmin

Setiap hari, kita melakukan rutin memakai dan membuka pakaian, sama ada untuk membersihkan diri seperti mandi atau untuk menukar pakaian yang baru. Dalam hal ini, pakaian memainkan peranan penting dengan pelbagai fungsi, termasuklah untuk menutup aurat dan melindungi tubuh.

Dalam Islam, kita disarankan untuk membaca doa sebelum memulakan sebarang aktiviti.sebagai bentuk memohon keredhaan dari Allah SWT terhadap tindakan harian kita. Salah satu contohnya ialah doa ketika memakai dan membuka pakaian. Doa-doa ini sebaiknya dihafal dan diamalkan oleh umat Islam. Tujuannya adalah untuk mendapatkan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan kita.

Oleh itu, dalam artikel kali ini kami akan berkongsi doa ketika memakai dan membuka pakaian agar anda dapat mempelajarinya dengan lebih baik.

Doa Buka Dan Pakai Pakaian

Berikut adalah doa yang perlu kita hafal apabila membuka dan memakai pakaian:

1. Doa Membuka Pakaian

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู’ ู„ูŽุง ุฅูู„ู‡ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ู‡ููˆูŽ

Bacaan Rumi : Bismillahil ladzi lailaha illa hu

Maksudnya : Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain Dia.

2. Doa Memakai Pakaian

ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ูƒูŽุณูŽุงู†ููŠ ู…ูŽุง ุงููˆูŽุงุฑููŠ ุจูู‡ู ุนูŽูˆู’ุฑูŽุชููŠ ูˆูŽ ุฃูŽุชูŽุฌูŽู…ูŽู‘ู„ู ุจูู‡ู ูููŠ ุญูŽูŠูŽุงุชููŠ

Bacaan Rumi : Alhamdulillahil ladzi kasani ma uwariy bihi โ€˜aurati wa atajammalu bihi fi hayati.

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang telah memberiku pakaian sebagai penutup auratku dan penghias dalam hidupku.

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงูŽู„ู„ู‘ูฐู‡ูู…ูŽู‘ ุงูู†ูู‘ู‰ ุงูŽุณู’ุฃูŽู„ููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุฎูŽูŠู’ุฑูู‡ู ูˆูŽุฎูŽูŠู’ุฑู ู…ูŽุงู‡ููˆูŽ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงูŽุนููˆู’ุฐูุจููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุดูŽุฑูู‘ู‡ู ูˆูŽุดูŽุฑูู‘ู…ูŽุง ู‡ููˆูŽู„ูŽู‡ู

Bacaan Rumi : Bismillaahi, Allahumma innii asโ€™aluka khairii wa khairi ma huwa lahu, wa aโ€™udzu bika min syarrihi wa khairi ma huwa lahu

Maksudnya : Dengan nama-Mu ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu kebaikan pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan aku berlindung kepada Engkau dari keburukan pakaian ini dan keburukan sesuatu yang ada padanya.

Doa membuka dan memakai pakaian
Doa memakai dan membuka pakaian

Marilah kita bersama-sama mengamalkan doa memakai dan memuka pakaian ini dalam kehidupan sehari-hari kita. Semoga perkongsian yang kami kongsikan pada artikel kali ini dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca.

Leave a Comment