Doa Ketika Bercermin

By mukmin

Berhias dan menggunakan cermin adalah aktiviti harian yang umum yang dilakukan setiap orang untuk meningkatkan penampilan dan percaya diri. Bercermin bukan hanya sekadar proses untuk meningkatkan kecantikan, tetapi juga merupakan langkah penting agar kita dapat tampil dengan percaya diri dalam menjalani berbagai aktiviti sehari-hari.

Oleh karena itu, disarankan untuk membiasakan diri dengan berdoa ketika bercermin sebagai tanda syukur dan pengingat agar tidak menjadi sombong atau terlalu terpaku pada keindahan fisik.

Berikut adalah doa ketika bercermin yang boleh anda amalkan:

Doa ketika bercermin
Bacaan Rumi : Allahumma kamaa hassanta kholqii fahassin khuluqii

Maksudnya : “Ya Allah sebagaimana Engkau telah menciptakanku dengan baik maka baguskanlah pula akhlakku”

Adab-Adab Ketika Bercermin

Setelah mengetahui doa ketika bercermin, kenali juga adabnya. Dalam Islam, terdapat beberapa adab yang dianjurkan ketika bercermin. Antaranya ialah:

  1. Mulakan dengan berdoa.
  2. Mengingat nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT.
  3. Bersyukur dengan kelebihan yang ada pada diri.
  4. Berada di depan cermin tidak terlalu lama.
  5. Bercermin tanpa berlebihan.
  6. Tidak merendahkan diri atas kekurangan fizik sendiri.
  7. Sabar dengan kekurangan diri sendiri.

Mari kita bersama-sama amalkan doa dan adab-adab ketika menggunakan cermin dalam kehidupan harian kita. Semoga perkongsian dalam artikel ini memberikan manfaat kepada anda yang membacanya.

Leave a Comment