Salah satu amalan sunat yang digalakkan bagi umat Islam ialah Solat Tahajjud. Sebagai orang Islam, pastinya kita sedar bahawa selain dari ibadah wajib terdapat banyak ibadah sunat yang boleh dilakukan untuk meningkatkan amalan dan menambah pahala. Antara ibadah sunat yang boleh diamalkan oleh umat Islam ialah Solat Tahajjud.
Solat Tahajjud ialah solat malam yang dilakukan selepas kita terjaga dari tidur meskipun tidur itu hanya sebentar sahaja. Ia lebih baik dilakukan secara bersendirian pada waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini sangatlah penting dan amat baik dilakukan sebagai tambahan ibadah. Untuk pengetahuan semua, solat ini tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat sepanjang hayat mereka.
Untuk solat lain yang boleh anda amalkan adalah solat taubat. Lihat sini panduan cara solat taubat.
Tujuan Solat Tahajud
- Solat ini merupakan tanda perhambaan kita kepada Allah SWT
- Solat ini membantu seorang hamba untuk mendekatkan dirinya dengan Penciptanya
- Solat ini merupakan tanda rasa syukur manusia terhadap nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah SWT
- Solat ini memperkuatkan jiwa dan keimanan seseorang kepada Allah SWT.
- Solat ini memberikan ketenangan kepada seseorang dalam menghadapi cabaran dan ujian kehidupan
Cara Melakukan Solat Sunat Tahajud
Solat Tahajjud dilakukan tanpa had tetapi dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat, bergantung pada kemampuan dan kesanggupan individu. Ia diakhiri dengan salam setiap kali dua rakaat selesai. Jika dirasa berat cukuplah dengan hanya dua rakaat, usahakan untuk melakukannya secara konsisten setiap malam.
1. Niat Solat
Maksudnya : โ Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taalaโ
2. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah
- Rakaat pertama : Surah Al-Kafirun
- Rakaat Kedua : Surah Al-Ikhlas
3. Setelah mengucapkan tasbih dalam sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa berikut sebanyak 3 kali.
4. Doa Selepas Solat
Setelah anda selesai melaksanakan solat, anda boleh membaca doa yang biasa diamalkan oleh Rasulullah SAW setelah menyelesaikan solat sunat ini.
Kelebihan Solat Sunat Tahajjud
- Doa dimakbulkan Allah
- Dapat memperoleh pertolongan dan rahmat Allah
- Memperolehi ketenangan jiwa
- Dapat menjadi lebih teratur dan disiplin dalam menjalankan tugas-tugas.
- Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan
- Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat
- Dapat merasakan kedekatan diri dengan Allah SWT.