Rukun Iman Ada 6 Perkara

By mukmin

Semasa kita bersekolah, kita diajar dan diperkenalkan dengan pendidikan agama Islam. Salah satu aspek yang ditekankan adalah Rukun Iman. Prinsip-prinsip dalam Rukun Iman bukan hanya sebagai bahan pelajaran yang perlu dihafal, melainkan memiliki nilai yang sangat berharga sebagai panduan hidup sepanjang perjalanan kita.

Secara mudahnya, Rukun Iman merujuk kepada asas atau prinsip utama dalam agama Islam. Setiap individu muslim perlu mematuhi Tiang Keimanan (Rukun Iman).

Maksud Rukun Iman

Maksud rukun iman dari sudut bahasa ialah percaya,ย yakinย danย membenarkan. Manakala, dari segi syarak pula adalah percaya dengan hati,ย mengaku dengan lidah, danย beramal dengan anggota.

Senarai 6 Rukun Iman

Seperti yang kita tahu, rukun iman ada 6 perkara. Antaranya adalah:

  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman kepada para malaikat
  3. Beriman kepada kitab kitab
  4. Beriman kepada para Rasul
  5. Beriman kepada Hari Kiamat
  6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar
Rukun Iman ada 6 perkara

Huraian Rukun Iman

1. Beriman Kepada Allah SWT

  • Beriman kepada Allah bermakna meyakini sepenuh hati bahawa Allah SWT adalah Pencipta dan Pemilik alam semesta. Hanya Allah yang berhak disembah, dan tiada Tuhan selain Allah.

2. Beriman Kepada Malaikat

  • Percaya bahawa Allah SWT memiliki pesuruh-pesuruh yang selalu taat dan patuh menjalankan segala perintah-Nya.
  • Malaikat yang perlu diketahui adalah :
NAMA MALAIKATTUGASNYA
JibrilMenyampaikan wahyu
RaqibMencatat amalan keburukan
AtibMencatat amalan kebaikan
IzrailMengambil nyawa
MikailMenurunkan rezeki
IsrafilMeniup sangkakala
MungkarMenyoal orang mati
NankirMenyoal orang mati
MalikMenjaga neraka
RidzuanMenjaga syurga

3. Beriman Kepada Kitab-Kitab

  • Beriman kepada kitab Allah bermaksud kita wajib percaya dan yakin bahawa sesungguhnya Allah SWT mempunyai beberapa kitab suci yang merupakan firman Allah SWT yang hakiki. Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehingga kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Senarai kitab dan penerimanya :
1. Taurat – Nabi Musa a.s
2. Zabur – Nabi Daud a.s
3. Injil – Nabi Isa a.s
4. Al-Quran – Nabi Muhammad s.a.w
Nabi-nabi yang menerima suhuf :
1. Nabi Syits – 50 suhuf
2. Nabi Idris – 30 suhuf
3. Nabi Ibrahim – 10 suhuf
4. Nabi Musa – 10 suhuf

Al-Quran merupakan penutup segala kitab. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak akan ada lagi kitab suci lain selepas Al-Quran.

4. Beriman Kepada Rasul

  • Setiap Muslim diwajibkan beriman kepada semua rasul yang telah diutuskan oleh Allah SWT tanpa membezakan antara seorang rasul dengan yang lain.
  • Allah SWT telah mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada manusia di dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di akhirat.
Nama-nama Nabi dan Rasul yang perlu kita ketahui
1. Nabi Adam a.s.
2. Nabi Idris a.s.
3. Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Hud a.s.
5. Nabi Salih a.s.
6. Nabi Ibrahim a.s.
7. Nabi Luth a.s. (anak saudara Nabi Ibrahim a.s)
8. Nabi Ismail a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.)
9. Nabi Ishaq a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.)
10. Nabi Yaโ€™akub a.s.
11. Nabi Yusuf a.s. (anak Nabi Yaโ€™akub a.s.)
12. Nabi Ayub a.s.
13. Nabi Syuโ€™aib a.s.
14. Nabi Musa a.s.
15. Nabi Harun a.s. (saudara Nabi Musa a.s.)
16. Nabi Zulkifli a.s.
17. Nabi Daud a.s.
18. Nabi Sulaiman a.s. (anak Nabi Daud a.s.)
19. Nabi Ilyas a.s.
20. Nabi Ilyasaโ€™ a.s.
21. Nabi Yunus a.s.
22. Nabi Zakaria a.s.
23. Nabi Yahya a.s. (anak Nabi Zakaria a.s.)
24. Nabi Isa a.s.
25. Nabi Muhammad SAW.

5. Beriman Kepada Hari Kiamat

  • Beriman kepada Hari Akhirat bermakna kita wajib meyakini kewujudan Hari Kiamat, suatu masa di mana semua manusia akan dibangkitkan semula di Padang Mahsyar. Pada hari itu, setiap orang akan menerima ganjaran atau hukuman berdasarkan amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini.

6. Beriman Kepada Qada Dan Qadar

  • Beriman dengan qadaโ€™ dan qadar bermaksud menerima dengan hati yang redha segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT.

Leave a Comment