Cara Solat Sunat Hajat

By mukmin

Solat Sunat Hajat adalah satu bentuk solat sunat yang dilakukan untuk memohon pertolongan atau bantuan ketika kita berada dalam kesulitan atau mempunyai hajat tertentu. Biasanya, solat ini dilakukan secara peribadi, tetapi terkadang juga boleh dilakukan secara berkumpulan jika kita menghadapi kesulitan yang sama atau jika kita mempunyai niat khusus seperti meminta hujan ketika kemarau, kesembuhan ketika sakit, rezeki yang luas, jodoh yang sesuai, atau kejayaan dalam peperiksaan.

Waktu mengerjakan solat sunat hajat

Solat Sunat Hajat boleh dilakukan pada bila-bila masa, sama ada pada siang atau malam, kecuali pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat.

Lebih afdal jika solat ini dilakukan secara bersendirian pada waktu sepertiga malam. Pada waktu tersebut, suasana lebih tenang dan pastinya solat akan lebih khusyuk. Bahkan, waktu ini sangat sesuai untuk melakukan munajat kepada Allah SWT.

Bilangan Rakaatย 

Solat Sunat Hajat boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat hingga 12 rakaat.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat

Berikut adalah panduan untuk mengerjakan solat sunat hajat yang dapat membantu anda.

Niat

ุฃูุตูŽู„ูู‘ูŠ ุณูู†ูŽู‘ุฉูŽ ุงู„ู’ุญูŽุงุฌูŽุฉู ุฑูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ุฃุฏูŽุงุกู‹ ู„ูู„ูŽู‘ู‡ ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰

Maksudnya : โ€œSahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala.โ€

Rakaat Pertama

  1. Dimulakan dengan takbir dengan menyebut lafaz โ€˜Allahu Akbarโ€™ dan disertakan dengan niat dalam hati
  2. Membaca Surah Al-Fatihah
  3. Dianjurkan membaca surah al-Kafirun atau ayat Kursi (satu atau 10 kali)
  4. Rukuk dan iktidal
  5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Rakaat Kedua

  1. Membaca surah al-Fatihah
  2. Membaca surah al-Ikhlas
  3. Rukuk dan iktidal.
  4. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
    • disarankan utnuk memanjatkan hajat pada sujud yang terakhir ini
  5. Duduk tahiyyat akhir
  6. Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam
  7. Baca doa solat hajat:
Solat sunat hajat

Kelebihan Mendirikan Solat Sunat Hajat

Terdapat beberapa kelebihan sekiranya anda mendirikan solat sunat hajat. Antaranya adalah:

  • Doa dimakbulkan Allah SWT
  • Dapat tenangkan hati dan fikiran
  • Dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT
  • Meningkatkan keyakinan dan ketulusan dalam menerima takdir Allah SWT
  • Meningkatkan semangat dan keteguhan

Leave a Comment