Solat Sunat Dhuha dapat dianggap sebagai ungkapan rasa syukur seorang hamba kepada Allah SWT atas segala nikmat hidup yang telah diberikan oleh-Nya.
Solat Sunat Dhuha boleh dilakukan di pagi hari iaitu di antara waktu Solat Subuh dan Solat Zohor. Ia merupakan salah satu solat sunat yang sangat disyorkan untuk dilaksanakan oleh seluruh umat Islam. Bukan itu sahaja, solat sunat dhuha ini sering disebut sebagai ‘amalan pembuka rezeki’ yang memiliki banyak kelebihan.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi panduan dan langkah-langkah tentang cara menjalankan Solat Dhuha dengan mudah dan teratur.
Waktu Solat Sunat Dhuha
Sebelum kita mengerjakan Solat Sunat Dhuha, penting untuk memastikan kita mengetahui waktu yang sesuai untuk solat ini.
Solat Dhuha boleh dijalankan apabila matahari telah naik pada waktu pagi, iaitu dalam masa kira-kira 20 hingga 30 minit selepas matahari terbit. Tempoh yang dibenarkan untuk menjalankan solat Dhuha berterusan sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zohor).
Bilangan Rakaat
Solat Dhuha boleh dilakukan hanya 2, 4, 6 atau 8 rakaat. Dalam solat ini, setiap 2 rakaat akan diakhiri dengan satu salam.
Niat Solat Sunat Dhuha
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah taโala.
Cara Solat Sunat Dhuha
Rakaat Pertama
- Takbiratul Ihram serta baca niat dalam hati semasa mengangkat takbir
- Membaca doa iftitah
- Baca Surah Al-Fatihah
- Dalam solat Dhuha, kita boleh membaca mana-mana surah yang kita hafal. Tetapi ulama menyarankan untuk membaca Surah As-Syams.
- Rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama
Rakaat Kedua
- Membaca Al fatihah
- Membaca surah Ad Dhuha – kita boleh membaca surah yang lain sekiranya tidak hafal
- Rukuk dan Sujud
- Memberi salam
- Selesai tunaikan solat sunat dhuha
Kelebihan Mengerjakan Solat Sunat Dhuha
- Dipermudah dan dimurahkan rezeki
- Mendekatkan diri kepada Allah SWT
- Dosa-dosa diampuni
- Meneruskan wasiat dan sunnah rasulullah
- Diberi Kecukupan
Semoga dengan perkongsian ini anda dapat menunaikan solat sunat dhuha dengan lebih mudah dan teratur. Semoga bermanfaat.