Cara Solat Sebelum dan Selepas Solat Jumaat

By mukmin

Sebelum mendirikan solat fardu Jumaat, disunatkan solat dua rakaat setelah azan berkumandang dan solat sunat dua rakaat selepas solat Jumaat.

SOLAT SUNAT SEBELUM SOLAT JUMAAT

Sebelum solat Jumaat, didirikan dua rakaat solat sunat iaitu setelah azan.

Lafaz niatnya adalah:

أُصَلِّي سُنَّةَ الْجُمُعَةِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً لِلَّهِ تَعَالَى.

Sahaja aku solat sunat sebelum Jumaat dua rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan Surah:

  1. Rakaat pertama: Al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.
  2. Rakaat kedua: Al-Fatihah dan surah an-Nas.

SOLAT SUNAT SELEPAS SOLAT JUMAAT

Selepas solat Jumaat disunatkan solat dua rakaat.

Lafaz niatnya adalah:

أُصَلِّي سُنَّةَ الْجُمُعَةِ رَكْعَتَيْنِ بَعْدِيَّةً لِلَّهِ تَعَالَى.

Sahaja aku solat sunat selepas Jumaat dua rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan Surah:

  1. Rakaat pertama: Al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.
  2. Rakaat kedua: Al-Fatihah dan surah an-Nas.

Leave a Comment