Apabila kita hendak berjalan jauh ataupun musafir, terdapat tiga solat sunat yang berkaitan dengan musafir:
Pertama: Solat sunat sebelum bermusafir. Kedua: Solat apabila berhenti rehat (perhentian). Ketiga: Solat apabila sampai ke tempat yang dituju (solat kudum).
1. SOLAT MUSAFIR (Sebelum Bermusafir)
Apabila hendak musafir, disunatkan solat dua rakaat.
Lafaz niatnya adalah:
أُصَلِّي سُنَّةَ السَّفَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى.
“Sahaja aku solat sunat Musafir dua rakaat kerana Allah Taala.“
Bacaan Surah:
- Rakaat pertama: Al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
- Rakaat kedua: Al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.
2. SOLAT PERHENTIAN MUSAFIR (Apabila Berhenti Rehat)
Solat ini dilakukan kerana berhenti (rehat) dalam perjalanan jauh (musafir) dan disunatkan solat dua rakaat.
Lafaz niatnya adalah:
أُصَلِّي سُنَّةَ الْمَنْزِلِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى.
“Sahaja aku solat sunat perhentian dua rakaat kerana Allah Taala.“
Bacaan Surah:
- Rakaat pertama: Al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
- Rakaat kedua: Al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.
3. SOLAT QUDUM (Apabila Tiba di Destinasi)
Setelah selamat sampai pada tempat tujuan, maka disunatkan solat dua rakaat.
Lafaz niatnya adalah:
أُصَلِّي سُنَّةَ الْقُدُوْمِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى.
“Sahaja aku solat sunat Kudum dua rakaat kerana Allah Taala.“
Bacaan Surah:
- Rakaat pertama: Al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
- Rakaat kedua: Al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.



