Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat

By mukmin

Solat sunat taubat merupakan satu ibadah yang dilaksanakan oleh umat Islam. Ia dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan dirinya bersalah, serta ingin bertaubat kepada Allah.

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat mengelak daripada melakukan kesilapan, khilaf, dan dosa. Namun, tindakan terbaik bagi mereka yang berbuat salah dan berdosa ialah segera bertaubat.

Taubat nasuha tidak hanya melibatkan istighfar dan penyesalan terhadap kesalahan yang dilakukan, tetapi juga dapat disempurnakan dengan melaksanakan Solat Sunat Taubat yang terdiri dari dua rakaat. Solat sunat ini boleh dilaksanakan pada bila-bila masa kerana tiada waktu yang tertentu ditetapkan.

Syarat-Syarat Taubat

Anda perlu mengetahui beberapa syarat-syarat taubat. Antaranya adalah:

  1. Ikhlas dan benar-benar ingin bertaubat.
  2. Berazam untuk tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut lagi.
  3. Merasa menyesal dengan tindakan yang telah dilakukan.
  4. Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Taubat

Berikut kami kongsikan cara ringkas untuk melaksanakan solat sunat taubat yang boleh anda ikuti.

Rakaat Pertama

1. Niat dan takbiratul ihram adalah langkah awal dalam menunaikan solat.

Lafaz niat solat sunat taubat :

Solat Sunat Taubat
 Usolli Sunnata Taubati Rakโ€™ataini Lillahi Taโ€™ala 

Maksudnya : โ€œSahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taโ€™ala.”

2. Baca doa iftitah

3. Seterusnya, membaca surah Al-Fatihah

4. Membaca surah Al-Kafirun

5. Kemudian, rukuk dan iktidal

6. Teruskan dengan sujud, duduk diantara dua sujud dan sujud kali kedua

7. Bangun untuk rakaat yang kedua

Rakaat Kedua

1. Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat

2. Membaca surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan surah Al-Ikhlas

3. Kemudian, rukuk dan iktidal

4. Teruskan melakukan gerakan seperti dalam solat biasa sehingga sujud terakhir.

  • Ketika berada dalam sujud terakhir, bacalah:
    • ู„ูŽู‘ุข ุฅูู„ูŽูฐู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุข ุฃูŽู†ุชูŽ ุณูุจู’ุญูŽูฐู†ูŽูƒูŽ ุฅูู†ูู‘ู‰ ูƒูู†ุชู ู…ูู†ูŽ ูฑู„ุธูŽู‘ูฐู„ูู…ููŠู†ูŽ
    • Maksudnya : Tiada tuhan selain Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk daripada golongan orang-orang zalim.

5. Bangun dari sujud, terus lakukan tahiyyat akhir

6. Memberi salam

Setelah selesai memberi salam, teruskan dengan istighfar sambil memenuhi hati dengan rasa penyesalan atas dosa-dosa yang telah dilakukan.

Ucapkan istigfar:

ุฃูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู…ูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠ ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ู‡ููˆูŽ ุงู„ู’ุญูŽูŠูŽู‘ ุงู„ู’ู‚ูŽูŠูู‘ูˆู…ูŽ ูˆูŽุฃูŽุชููˆุจู ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู

Astagfirullah Hal โ€˜Azim Allazi Laa ilaaHa illa Huwalhayyu-Qoyyum Wa AtuuBu ilaih 

Maksudnya : Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Solat Sunat Taubat

Leave a Comment