Ayatul Kursi dianggap sebagai ayat yang paling agung karena menggambarkan keagungan Allah dan kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat Kursi atau Ayatul Kursi ini adalah ayat ke-255 dalam Surah Al-Baqarah. Ayat ini juga disebut sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran.
Bukan itu sahaja, ayat ini juga sering dijadikan bacaan dan dihafal oleh masyarakat Muslim, baik selepas solat atau pada waktu-waktu tertentu.
Dalam Al-Quran, Ayat Kursi dianggap sangat penting dan amat berharga. Kekuatan serta kebesaran yang terkandung di dalamnya menjadikan ayat ini sebagai sumber inspirasi bagi umat Islam di seluruh dunia. Ini adalah ayat yang membantu kita memahami keagungan dan kekuasaan Allah, sekaligus memperkuat iman kita.
Dalam artikel kali ini, kami akan mengulas keindahan dan makna mendalam dari Ayat Kursi ini.
Bacaan Ayat Kursi
Di bawah ini kami kongsikan ayat kursi berserta maksudnya.
Maksudnya :
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Kelebihan Ayat Kursi
Antara kelebihan membaca dan mengamalkan Ayat Kursi termasuklah:
1. Amalkan Baca Selepas Solat Farduย
Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: โBarangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.โ (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasaโie โ dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban).
2. Menjadikan fikiran lebih cerdas dan memudahkan untuk memahami ilmu
3. Mendapat pertolongan dalam setiap hal
4. Berfungsi sebagai penjaga dan pelindung dari gangguan syaitan
5. Mampu mengurangkan rasa gelisah (anxiety)
6. Dimurahkan rezeki dan dinaikkan darjat danย martabatnya