Solat Sunat Rawatib adalah amalan yang sangat dianjurkan untuk dilakukan sebagai pelengkap kepada solat fardu dalam kehidupan kita sehari-hari. Solat ini tidak diwajibkan, tetapi sangat dianjurkan untuk dilaksanakan sebagai ibadah tambahan dengan tujuan mendapatkan pahala dan keberkatan dari Allah SWT.
Dalam artikel ini, kami akan membagikan panduan lengkap tentang Solat Sunat Rawatib dan cara melaksanakannya kepada semua pembaca.
Apa Itu Solat Sunat Rawatib ?
Solat Sunat Rawatib ialah solat tambahan yang boleh dijalankan bersama solat fardu lima waktu, sama ada sebelum (Qabliyyah) atau selepas (Ba’diyyah). Tujuannya adalah untuk memperbaiki kelemahan dalam pelaksanaan solat fardu. Solat Sunat tambahan ini sebaiknya dilakukan secara peribadi dan sangat digalakkan dalam agama Islam.
Solat sunat rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
- Solat sunat Qabliyyah – solat sunat sebelum solat fardu.
- Solat sunat Ba’diyyah – solat sunat selepas solat fardu.
Waktu Solat Sunat Rawatib
Waktu pelaksanaan Solat Sunat Rawatib adalah pada waktu solat fardu. Solat sunat qabliyyah dilakukan selepas azan, iaitu apabila masuk waktu solat fardu dan boleh dilakukan sebelum iqamah jika seseorang itu menunaikan solat di masjid.
Jika solat sunat qabliyyah dilakukan di rumah, maka ia tidak terikat dengan waktu antara azan dan iqamah. Manakala, Solat sunat ba’diyyah dilakukan setelah solat fardu selesai dikerjakan.
Kategori Solat Sunat Rawatib
Solat sunat Rawatib dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
- Solat Sunat Rawatib yang “Muakkad” – yang dituntut
- Solat Sunat Rawatib yang “Bukan Muakkad” – Tidak ditekankan
Solat Sunat Rawatib yang “Muakkad”
Solat sunat Rawatib adalah amalan yang sangat ditekankan yang terdiri dari sepuluh rakaat solat sunat iaitu:
- Dua rakaat sebelum fardu subuh.
- Dua rakaat sebelum solat fardu zohor
- Dua rakaat selepas solat fardu zohor.
- Dua rakaat selepas solat fardu maghrib.
- Dua rakaat selepas solat fardu isyak.
Solat Sunat Rawatib yang “Bukan Muakkad”
Solat sunat rawatib bukan muakkad (ghairu muakkad) terdiri daripada dua belas rakaat solat sunat, iaitu:
- Solat sunat tambahan dua rakaat sebelum solat fardu zuhur atau solat fardu jumaat.
- Solat sunat tambahan dua rakaat selepas solat fardu zuhur atau solat fardu jumaat.
- Solat sunat empat rakaat sebelum solat fardu asar.
- Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardu maghrib.
- Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardu Isyak.