Surah Al-Kahfi

By mukmin

Surah Al-Kahfi merupakan surah ke-18 dalam Al-Quran yang mengandungi 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah Makkiyah. Surah ini memiliki banyak keutamaan dan manfaat besar bagi mereka yang membacanya.

Surah al-Kahfi adalah salah satu surah dalam al-Quran yang sangat digalakkan untuk dibaca pada hari Jumaat. Namun, adakah kita tahu apakah kelebihan Surah al-Kahfi yang sering kita baca ini?

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa kelebihan apabila membaca surah Al-Kahfi.

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi

Surah Al-Kahfi mempunyai banyak kelebihan dan manfaat, antaranya:

1. Dipancarkan cahaya untuknya sepanjang masa di antara dua Jumaat.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA:

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

(HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi)

2. Perlindungan dari Fitnah Dajjal

Diriwayatkan daripada Abu Darda’, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksudnya: “Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, dia akan dipelihara daripada Dajjal.”

3. Pahala dan kebaikan

Membaca Al-Qur’an secara umum, termasuk Surah Al-Kahfi, memberikan banyak pahala dan kebaikan bagi seorang Muslim.

Membaca Surah Al-Kahfi memiliki banyak kelebihan bagi seorang Muslim. Surah ini mengandung pelajaran yang berharga tentang iman, keberanian, kesabaran, dan pengendalian diri. Selain itu, membaca Surah Al-Kahfi secara rutin juga dapat membawa banyak manfaat bagi umat Islam dalam kehidupan sehari-hari.

4. Meningkatkan iman dan keyakinan

Kisah-kisah dalam surah Al-Kahfi dapat meningkatkan iman dan keyakinan seseorang kepada Allah.

5. Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul ‘atiq. 

Membaca dan memahami surah Al-Kahfi bukan sahaja memberi ganjaran pahala, tetapi juga membimbing kita dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih tenang dan yakin.

Leave a Comment