Solat Subuh merupakan satu daripada lima solat fardhu yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim. Setiap individu Muslim yang masih sihat dan hidup perlu menjalankan solat fardu. Menunaikan solat fardu adalah satu tanggungjawab penting dalam agama Islam yang tidak boleh diabaikan dalam apa jua keadaan, kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar.
Jika seseorang terlepas menunaikan solat fardu, wajib untuk dia menggantinya dengan niat qada. Ini bermakna, dia perlu menunaikan semula solat yang tertinggal tersebut. Solat ini terdiri daripada 2 rakaat.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda dengan terperinci panduan lengkap tentang cara menunaikan solat Subuh dengan betul. Artikel ini bertujuan untuk memberikan panduan yang jelas dan mudah difahami bagi mereka yang ingin melaksanakan solat Subuh dengan sempurna.
Cara Mengerjakan Solat Subuh
Berikut adalah langkah-langkah untuk menunaikan solat Subuh.
Rakaat Pertama
1. Solat dimulakan dengan takbiratul ihram beserta niat dalam hati.
2. Membaca doa iftitah
3. Kemudian, baca surah Al-Fatihah
4. Membaca surah pilihan dari Al-Quran sesuai dengan kehendak
5. Seterusnya, lakukan rukuk dan bangun iktidal
6. Teruskan dengan sujud, duduk diantara dua sujud dan sujud kedua
Rakaat Kedua
1. Dimulakan dengan lafaz Takbir Intiqalat.
2. Baca surah Al-fatihah dengan betul
3. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran (Contohnya, Surah Al-Ikhlas)
4. Rukuk dan iktidal
5. Membaca doa qunut
Bacaan Rumi : | Allah humah dini fiman hadait. Wa’a fini fiman ‘afait. Watawallani fiman tawalait. Wabarikli fimaa a’tait. Waqinii syarramaa qadhait. Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya’izzuman ‘adait. Tabaa rakta rabbana wata’alait. Falakalhamdu ‘ala maaqadzait. Wa astaghfiruka wa atubu Ilaik. Wa sallahu ‘ala saidina. Muhammadinin nabiyil ummiyi. Waala aalihi wasahbihi wassalam. |
Maksudnya : | Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya. |
6. Sujud, duduk diantara dua sujud kemudian lakukan sujud kedua (Rakaat Kedua)
7. Duduk tahiyat akhir
8. Solat diakhiri dengan memberi salam
Setelah menyelesaikan solat, teruskan dengan berdoa mengikut kehendak pribadi masing-masing.